Bismillahhirrahmanirrahim.
Henset sekarang ni dah serupa buah pinggang, mana pergi mesti ada sama. Dulu bila mana satu orang tu selalu menulis catatan, maka akan sentiasalah ada buku nota kecik dan pen dengan dia sedia dalam kocek. Sekarang memadai dengan henset. Segala bagai boleh simpan.
Tentang menyalin nota. Saya sendiri biasa salin catatan dari komputer; kopipes (copy and paste) ke henset. Maknanya copy dari satu device ke device yang lain.
Untuk salin dari komputer sendiri, mudah. Ada banyak app yang ada keupayaan simpanan cloud. Catatan dalam komputer disalin ke cloud secara diam-diam oleh app dalam komputer tu. Bila kita buka henset, catatan tu disalin pula ke dalam henset terus. Senang kan…
Tapi cara yang saya nak tulis di sini lain sikit, tapi praktikal:
1. Saya bekerja dengan dua Mac, satu PC, satu iPad dan satu iPhone. Dan saya gunakan lebih dari satu app untuk suatu tugas. Jadi, pendekatan Cloud kurang sesuai dengan keperluan untuk sign in dan sync. Itu agak sulit untuk saya. Sama juga jika tuan-tuan menggunakan komputer public.
2. Penyelesaiannya ialah saya buka website www.the-qrcode-generator.com/
3. Catatan atau teks yang saya nak kopipes ke henset tu saya kopipes ke sini dulu. *di bahagian teks.
4. Website ni akan kod-kan catatan saya tu ke kod QR (QR Code); sejenis kod yang boleh dibaca dengan lensa henset.
5. Ada banyak app “QR Reader” di App Store dan Play Store. Pilih lah mana-mana pun, bagus-bagus belaka.
6. Saya buka app QR Reader untuk baca kod QR di skrin komputer tadi, terjemah semula jadi teks ke dalam henset. Sama konsepnya dengan kopipes.
7. Jadi sangat mudah bila kita nak kopipes dari mana-mana komputer (yang boleh akses ke web) masuk ke henset tanpa perlu sign in dan sync dengan mana-mana akaun Cloud.
8. Dan yang lagi best, henset kita tak perlu online untuk kopipes teks yang kita mahu tu. Jimat plan data bulanan.
Kesimpulannya, untuk mudah kopipes teks dari komputer ke henset kita hanya perlu:
1. Capai ke web www.the-qrcode-generator.com/
2. Kopipes teks kita ke situ untuk terjemahkannya ke kod QR.
3. Henset kita kena ada memadai SATU app yang boleh baca QR; untuk kopipes dari skrin komputer ke henset. Di Store ada banyak gila app QR Reader ni. Ada yang kena bayar dan ada yang PERCUMA.
Untuk lebih mudah faham caranya, saya buatkan satu video pendek bagaimana nak buat. Tak tahu bertanya, lepas tu boleh lah memandai-mandai. Hehe…
Sobri Mansor says
Ooohhhh… baru tau nih. Biasa guna dropbox je untuk simpan doc. Nampak lebih mudah dgn apps nih. Mesti try nih
amar says
Cara ni best sebab tak perlu sign-in dan sync. Direct terus dari skrin komputer ke henset. Dan fully utillize kemampuan henset.
Ani Haryani says
Pesat teknologi membantu memudahkan urusan kehidupan manusia 🙂
Ikhwan Fahmi says
sekarang zaman pantas dan maju dari sebelumnya.
Amar says
Bagi pengguna iPhone, QR utilities ialah antara app yang bagus, takde iklan dan juga ada kemampuan menjana QR sendiri. Boleh dapat dari App Store QR Utilities by Apps Instone
https://appsto.re/my/PcerE.i
Amar says
Ada lagi app QR yang boleh scan dan create QRcode. Dan tentunya takde iklan. Lebih simple dgn interface iOS 7. Boleh download di App Store QR App with extension for iOS by Socialbit GmbH
https://appsto.re/my/HZza3.i
Kereta Sewa Murah Shah Alam says
Serius baru tau ni. Terima kasih, info yang bagus.
musadun says
waa..ada rupanya cara mcm ni..sy selalu buat mcm ni..
– tulis pada update status fb.
– set only me
– lepas tu copy guna device lagi 1.
leceh kan.hehe
Amar says
Kreatif juga cara tu. Cuma kedua-dua device perlu ada akses ke internet. Cara kopipes ni memadai hanya satu. Untuk yang suka install app dalam komputer, ada app untuk generate QR code ni secara offline membolehkan kedua-dua device tak berkehendakkan akses kepada internet. Namanya QREncoder.
zaleha says
oh…. inilah fungsi QR Code tu.. dah terdelete pula apps nya kt phone aritu…
Good info ni!TQ