Bismillahhirrahmanirrahim.
Isnin kelmarin dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur melalui Pekan Telemong membuka cerita baru di ofis. Tanah Perkuburan Islam Telemong letaknya di tepi jalan saja, mudak untuk akses. Saya singgah ke tanah perkuburan tu untuk dapatkan content baru untuk tugasan terkini dengan Universiti Malaya.
Saya perlukan sampel untuk proposal arkib. Sebelum ni kita rakam barang tradisi dan bersejarah dalam bentuk imej foto dan video. Jadi selama ni kita tak arkibnya dalam bentuk model 3D. Sebetulnya boleh saja kalau kita nak rakam sebagai model 3D tapi teknik yang kita ada selama ni ialah dengan melukisnya semula ke dalam perisian CAD (Computer Aided Design). Untuk arkib kita tak mahu ia dilukis sebab dalam lukisan boleh jadi ada bahagian yang tidak dilukis atau tertinggal. Itulah sebabnya kita guna foto.
Tahun lepas kawan saya di Universiti Malaya ni mulakan merakam benda-benda ni dengan kaedah Object VR. Foto objek di rakam dengan cara mengelilingi objek; sedikit gerakan dengan satu foto. Ringkasnya hampir setiap sudut dirakam. Bawa balik ke komputer dan kita cantumkan setiap gambar menjadi satu imej sahaja yang boleh dipusing keliling seakan ia objek 3D. Teknik ni digunakan untuk objek yang besar yang tak boleh dirakam dengan 3D Scanner. Contohnya Tugu Negara. Untuk merakam persekitaran suatu kawasan seperti bahagian dalam A’Famosa dan Gua Tempurung kami gunakan Faro dan Panorama VR.
Selangkah lagi kemajuan perisian komputer Autodesk bangunkan Project Memento. Sebelum ni kita cantumkan koleksi gambar mengelilingi objek dari pelbagai sudut pandang menjadi Object VR. Hari ni kita cantumkan jadi model 3D terus.
Kelebihannya, kita boleh gunakan objek 3D dalam pelbagai perisian lain untuk pelbagai tujuan. Berbeza dengan VR yang merupakan hasil final yang hanya untuk dilihat dan dicermati. Saya tak pasti sejauh mana silabus Computer Science di IPTA kita, cuma berharap ia juga selaras dengan kemajuan perisian hari ini.
emalinmohd says
Saya bukan budak komputer so tak tau tentang silibus. Tapi kubur tu nampak real!!
Ikhwan Fahmi says
jadi peringatan setiap kali ke pejabat 🙂
Hanafi Abdullah says
agak seram juga tau perkara ini..
Raihanah Ahmad says
memang nampak real la! seram kalau betul
Amar says
Kelihatan real sebab bukan draw dalam perisian komputer, tapi scan (imbas) direct dari kubur sebenar. Mati itu pasti datang, tiada apa yang perlu ditakutkan, hanya perlu bersedia dengan persiapan.. bekalan.