Sekarang ni musim durian sedang berada di kemuncaknya. Sana-sini orang jual durian. Di atas lebuhraya pun akan terserempak dengan lori bawak durian. Mewahnya kita dengan durian.
Durian bukan sahaja sedap dimakan macam tu je. Tapi kalau dibuat kuih lagi la sedap. Waktu-waktu ni la orang kreatif mempelbagaikan makanan berasaskan durian. Orang kata musim durian dah tak menentu. Ada juga betulnya sebab hampir sepanjang tahun saya boleh dapatkan durian.
Kalau dulu, waktu kemuncak musim durian harganya jatuh bergolek-golek. Agaknya sekarang tak lagi. Harga maintain. Itulah kebaikkan orang yang kreatif mempelbagaikan makanan. Susah nak jumpa harga durian sebakul seringgit.
Dulu saya cuma tau makan bubur kacang yang dicampur durian je. Tapi lepas kawin barulah nampak macam-macam lagi makanan daripada durian. Resepi makanan berasaskan durian tersebar dengan adanya kemudahan internet. Semua orang boleh cuba dan buat sendiri.
Di awal perkahwinan saya, saya sangat pelik bila tengok keluarga isteri makan pulut campur durian. Orang jawa macam saya ni mana pernah makan macam tu. Itulah hikmah perkahwinan. Kenal budaya, kenal adat resam. Walau satu bangsa, tapi setiap daerah mesti ada kelainan budayanya.
Ada juga resipi yang pelik dan langsung tak dapat diterima tekak. Durian campur budu. Yang tu memang rasa macam nak terkeluar anak tekak. Entah macam mana orang boleh terfikir nak buat resipi macam tu.
Sekarang macam-macam makanan berasaskan durian orang cipta. Sampai ke Jepun pun ada. Memang hebat la sapa yang cipta Durian Crape tu. Meletup-letup kepopularannya. Saya sendiri tak pernah makan. Kalau terjumpa mesti nak rasa.
Ada tak lagi resipi makanan dari durian yang pelik dan popular di tempat korang. Kongsikanlah kat sini. Boleh kita cari dan rasa.
anif says
Rasanya populariti Durian Crepe cukup gah tahun 2012 ni..
Cikgu Hairul says
Saya tengah mencari info mana datangnya resipi durian crape ni. Macam mana dia boleh jadi popular sampai cukup hangat diperkatakan di alam maya.
cmratu says
cukup fames sekarang ni durian creap..
Cikgu Hairul says
cmratu dah try?
Abdur says
Dekat sinipun banyak yang cerita pasal durian crepe,
Cikgu Hairul says
Makanan popular mestilah jadi bualan.
Leeza Dayasari says
nama pun raja buah. mmg hebat. hoooooo
Cikgu Hairul says
kreativiti manusia yang jadikan raja buah tu menambah nilai makanan. kalau durian saja, ada juga yg tak makan. mungkin dengan mempelbagaikannya, beri pilihan orang untuk rasa sedapnya durian.
Ibu Mifzal Arsyad says
durian campur nga budu? bg org kelantan..is bukan la sesuatu yg pelik..
TehR says
betul
tiada lagi yang lebih sedap daripada itu
hehe
Cikgu Hairul says
Hohoho.. saya cuba makan juga. Dah cuba buat sendiri kat rumah.
Norizwan says
kata kunci google panas ni durian crepe…tapi tak pernah rasa lagi durian crepe….member kata sedap sangat huhu….
Cikgu Hairul says
Resipi pun dah banyak, apa lagi… buat sendiri la.
Zida says
Memang tengah musim durian ye kat Malaysia sekarang? Huhu alangkah indahnya hidup kalau kat Mesir pun ada jugak durian kat sini T___T
ps. kat sini banyak je crepe, tapi crepe durian memang takde waaaaa
#offtopic
Zulhilmi Zainudin says
Durian + budu power kata orang-orang lama. Bila saya diajak semeja dengan mereka, satu kata “..makanlah dulu”. Tak berapa selesa dengan bau durian + budu tersebut. Tak tahu kenapa. Hehe.
hairulafiz says
tengah musim duriankan…tu yang popular sangat
naza says
sy suke sgt kueh ni tpi sy tk tau nme nye ape.kueh inti durian tpi d balut dgn sejenis tepung yg mcm limping.bntuk nye empat segi.comel tgk.bile d balot kemas je.dlam nye ade rse inti durian ape ye kueh tu.