Itulah perjalanan dari Kampung saya ke Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam. Mungkin tak sejauh perjalanan kengkawan dari Kampungnya di Sarawak ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 3 hari. Kampung saya terletak di Johor, negeri yang boleh dikatakan mengalami pembangunan yang sangat pesat.
Bila berpengalaman menaiki kenderaan awam untuk pulang mengundi semalam, setelah sepuluh tahun tidak menggunakan pengangkutan awam untuk pulang, saya rasakan ia terlalu lama. Dulu semasa belajar berulang alik ke Kampus di KL tidaklah rasa lama macam ni. Mungkinkah ini yang dinamakan lupa daratan? Entahlah..
Perjalanan dari tengah-tengah penempatan orang kampung tiada perkhidmatan bas mahupun teksi sapu. Cuma mengharapkan adik beradik dan kawan-kawan tolong hantar ke jalan utama untuk menunggu bas henti-henti yang akan membawa ke stesen bas Batu Pahat.
Dengan menaiki pacuan empat roda, saya ditumpangkan oleh kawan adik ke jalan utama. Kebetulan hujan sangat lebat. Mana mungkin menunggu bas dalam hujan lebat. Maka saya dihantar terus ke stesen Bas Batu Pahat. Kalau naik bas, perjalanan mengambil masa lebih sejam, tapi kerana perjalanan terus perjalanan dapat dipendekkan hanya 50minit.
Bermulalah perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan Bas Transnasional. Teknologi IT digunakan untuk membeli tiket. Alhamdulillah, kita berjaya mentransformasi perkhidmatan pengangkutan sehingga ke peringkat ini. Sudah banyak syarikat bas menjual tiket online. Malam sebelum balik tu saya try beli online. Malangnya semua destinasi ke Terminal Bas Bersepadu Tasik Selatan dah habis. Solution yang ada ialah beli tiket ke Shah Alam. Saya tahu kalau dari ke Shah Alam mesti perjalanan lagi lama. Takpe la, memandangkan hari Isnin dah kena bertugas, ambik je la tiket tersebut.
Mudah kan? Beli tiket secara online. Kalau tak dah tentu kena ke stesen bas untuk beli tiket.
Perjalanan dari Batu Pahat–> Muar–> Shah Alam melalui Lebuhraya Utara Selatan mengambil masa 3 jam tanpa jem. Petang semalam ada satu kemalangan di Air Keroh yang melibatkan dua bas dan 9 kereta. Dari tol Pagoh lagi jalan dah sesak. Makin lama la atas jalan. Nasib baik naik bas, kalau berkereta sendiri dah tentu jadi godzilla dalam kereta. Syukur.. inilah kebaikan naik kenderaan awam. Tak payah tensen-tensen, boleh tidur dengan tenang. Sampai Shah Alam tepat jam 19:00. Yeahhh… bertolah 1430 sampai 1900.. fuhh 4jam30minit.
Perjalanan diteruskan ke stesen komuter. Naik teksi ke stesen KTM Komuter Batu TIga lebih kurang 10minit. Lepas tu tunggulah komuter ke KL Sentral. Perjalanan naik komuter lebih kurang 45minit. Best la naik komuter sekarang. Tak la menunggu lama macam dulu-dulu.
Sampai KL Sentral hati rasa lega. Cuma perlu 38minit je untuk sampai ke rumah. Dari KL Sentral ke rumah saya naik PUTRA LRT (Kelana Jaya Line) terus ke Stesen Setiawangsa dan jalan kaki ke rumah. Jam dah pukul 2200. Sampai kat rumah terus menanti keputusan pilihanraya. Perjalanan yang panjang ini, dari jam 1330 keluar dari rumah sampai menjejakkan kaki ke rumah di KL jam 2200 lebih kurang 8 jam setengah. Sedangkan kalau naik kereta, perjalanan itu cuma mengambil masa 3jam setengah je. Berbaloi la kan dengan bayar tol dan minyak.. Sapa kata naik pengangkutan awam menjimatkan?
naik pengangkutan awam jimat duit tapi rugi masa….
Saya setuju. Kalau di bandaraya cthnya KL rasanya takpe naik pengangkutan awam.
wa lama jugak tu. setuju dgn ciktom, mmg jimat tapi dr segi masa tuh la. tp kalau sesekali apa salahnya bertukar rasa.
Sesekali pun memang terasa kak. Ada baiknya naik kereta sendiri. Beza 4-5 jam juga la kalau naik keta. Masa kan emas. Heheh
Naik pengangkutan awam ni rugi masa dan memenatkan jugak sebenarnya.
Penat? Drive lagi penat. Lagi2 kalau kena jem camtu. Dalam bas boleh tidoo..
kurang yakin sikit beli tiket online, huhu. sanggup beratur dikaunter
Kemudahan dah ada, kita guna je la. Insyallah semuanya ok. Tapi kena tengok juga syarikat basnya. Kalau cam tak yakin takyah beli online.
Lama sungguh tu. Teringat waktu lebuhraya utara selatan belum ada — dekat 8 jam nak travel dari ipoh ke kl.