Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Lari ku parang. Tak lari ku parang.

Lari ku parang. Tak lari ku parang.

21 January 2014 by admin

20140121-090331.jpg

Bismillahhirrahmanirrahim.

Ini bukan tentang amuk yea. Ini sekadar kisah tentang parang. Tentang kaitan orang Melayu dengan parang.

Orang Melayu begitu sinonim dengan kesenian. Parang juga ada seninya. Sayangnya generasi hari ni lebih terbiasa temui parang hulu plastik dengan mata belok untuk tujuan kerja kasar. Untuk tujuan melapah terbiasa pula dengan pisau columbia dan pisau stainless steel. Parang warisan dah jadi barang hiasan.

Saya tertanya-tanya mana silapnya sehingga saya berkawan terus dengan tukang parang dan mencari jawapan.

1. Parang warisan dengan hulu kayu ialah hasil kreatif. Mahal harganya berbanding parang hulu plastik dengan mata belok. Parang mahal jarang dibuat orang bawa ke kebun.

2. Parang moden dengan mata stainless steel lebih tajam pula dari parang warisan. Perusahaan parang warisan bukan kilang besar. Jadi tak dapat hasilkan parang mata stainless steel. Jadi dalam persaingan melapah selalu menang dek parang moden.

3. Dalam kategori menyembelih, parang warisan ialah pemenang sebab parang moden biasanya pendek saja. Nak sembelih lembu dan kerbau sesuai yang panjang mata 12 inci ke 13 inci.

4. Dari segi pakai lama, parang warisan lebih baik sebab bila dah tumpul boleh diasah. Boleh juga disepuh semula. Parang moden kalau dah tumpul cuma boleh diluruskan semula matanya. Kalau tumpul lagi boleh buang.

5. Kata tukang parang… Parang warisan ni lebih sebagai identiti bangsa. Lebih pelbagai dalam urusan, menyembelih, memotong dan bertakik. Tahan lama. Dan boleh jadi kenang-kenangan.

Begitulah alkisahnya.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    21 January 2014 at 23:23

    bapak aku ada satu. harta pusaka atuk aku..

    Reply
  2. GP says

    22 January 2014 at 00:09

    Nenek aku ada parang macam ni dulu tapi besar sikit dari yg dalam gambor tu

    Reply
  3. Amar says

    22 January 2014 at 12:50

    Seronok dengar ada lagi orang simpan sebagai pusaka. Di tempat saya ni banyak ditemui. Masing-masing terselit di pinggang. Khasnya ketika kenduri-kendara. Cuma lain sikit dari yang dalam gambar. Yang dalam gambar ni ialah jenis senjata. Bukan untuk potong daging tapi untuk berbunuh jika perlu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in