Sikit-sikit emo, sikit-sikit nangis. Pantang kena tegur, rajuknya berpanjangan. Muncung panjang sedepa. Boleh buat penyangkut baju. Latih la hati tu jadi kental sikit.
Itulah gambaran orang yang punya hati tisu. Terlalu lembut dan mudah tersentuh. Hati tisu tak sama macam dalam hati ada taman. Itu mat jiwang. Hatinya sentiasa berbunga-bunga. Siap ada kupu-kupu lagi.
Kengkadang rimas juga berhadapan dengan orang macam ni. Sentiasa nak kena pujuk. Sekali dua boleh tahan lagi. Kalau berkali-kali tak daya nak melayan.
Kental la sikit hati tu. Boleh tak jadi orang yang tabah. Boleh tak jadi orang yang berhati waja. Ini selisih faham sikit, dah nak left dari group whatsapp. Telinga cepat panas, hati cepat berdarah.
Saya suka ambik pengajaran dari seorang ahli sukan angkat berat. Mula-mula nak angkat 10KG pun susah. Bila dilatih berhari-hari, bertahun-tahun, angkat 100KG besi pun tiada masalah.
Cuba tengok mereka berlatih. Susah kan.. mula-mula nak angkat 10Kg memang sakit. Tangan sakit, lutut terseliuh, kaki terkehel. Tapi akhirnya dia mampu angkat benda yang lebih berat daripada tu.
Hati juga kena dilatih. Yup.. memang betul ejekan, hinaan, tohmahan orang tu menyakitkan. Kalau kita tak berlatih menahan semua tu, sampai bila kita nak terus terasa hati.
Abaikan kata nista mereka. Anggaplah tiada apa-apa kesan kepada diri kita. Lama-lama kita sudah terbiasa. Bukan setakat ejekan, tohmahan dan cacian, malahan fitnah yang besar dan berat pun kita boleh buat selamba. Macam tak ada apa-apa kesan pun.
Masa tu barulah kita sedar. Tiada apa yang mampu menjatuhkan, mencederakan dan melukakan hati kita. Kan seronok macam tu. Kita punya hati yang kental. Kita dikenali sebagai insan yang cekal.
TehR says
tak tau sebab apa
aku tak dapat nak berkomen kat blog ni
tapi aku masih juga mencuba
Cikgu Hairul says
Boleh je cikgu.. rasanya takde masalh apa.. hehe
kakiblog says
nasihat yang berguna..memang benar kestabilan emosi itu penting untuk merasai detik bahagia sepanjang masa.
titan says
nak wat duit dengan blog..hati mesti kental. haha..
Cikgu Hairul says
Hampir-hampir kecundang nak buat duit dengan blog. Nasib baik ada kengkawan bagi semangat. Kental la sikit nak teruskan perjalanan.
titan says
jangan paksa. tapi kita kena enjoy. baru seronok.
suri says
mesti keras hati meh heeee
Cikgu Hairul says
keras jangan sampai susah terima hidayah.. lembut jangan sampai mudah terpedaya.
azwan says
siapa lah hati yang tak kental tu.
kalau perempuan aku boleh terima. kelau lelaki hati lembut sangat ni, aku rasa menyampah lah..rasa nak pukul pun ada jugak
Cikgu Hairul says
Ramai sangat.. dalam kalangan kengkawan jugak. Tak boleh berselisih pendapat sikit, dah mula panas telinga.
Bahrain says
seriously, nak jadi hati yang kental seperti Nabi Muhammad S.A.W bukan senang, Di baling batu buat tak tahu, kita kalo dibaling batu kompom mengamuk silap2x boleh bergaduh.
Cikgu Hairul says
Lagi tak tahan siap bawak member repeat plak tu. Satu keturunan jadi musuh.
Hazmin Hamudin says
Kalau hati kental ni memang best. Cakap la apa pun, memang buat tak tau je dengan kritikan orang. Haha.
Amar says
Masa aku kerja Call Center dulu, masa mula-mula “hit the floor” memang payah. Teruk kena maki dan macam-macam lagi, tekanan sakit jiwa semua ada. Ada dari kalangan kami yang neutralkan dengan tumbuk punch bag, hisap rokok, menangis dan ramai yang resign. Tapi cara yang paling berkesan ialah fana’kan diri. Semua tu selesai terus.
siti maimunah gulam says
Tq cikgu.. Guna betul nasihat ni