Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Lawatan Obama, Akhlak Macam Mana Harus Kita Tunjuk?

Lawatan Obama, Akhlak Macam Mana Harus Kita Tunjuk?

28 April 2014 by admin

Hari ini berakhir lawatan Obama ke Malaysia. Hari Sabtu dan Ahad semalam penuh acara dia di Ibu Negara. Pastinya kita jumpa pelbagai reaksi masyarakat Islam Malaysia ditunjukkan dengan kehadiran Presidan US itu. Maklumlah, “musuh islam” buat lawatan muhibbah ke dalam sebuah Negara Islam, mesti  ada yang terlebih emosi.

Tak apa la. Nak beremosi pun emosi la. Asal tak memalukan Islam sudah. Ramai pihak menyambut baik kedatangan Obama. Ramai juga mengambil peluang menunjukkan akhlak sebenar kita. Ternyata masih ada segelintir umat Islam yang tidak menghormati tetamu. Terasa jauh betul dengan ajaran yang Rasulullah bawak dulu. Sangat berbeza akhlak kita dengan akhlak Nabi-Nabi terdahulu melayan musuh Islam.

Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli

 

Sambutan oleh rakyat Malaysia Islam
Sambutan oleh rakyat Malaysia Islam

Agaknya macam mana akhlak yang harus kita tunjuk kepada Obama ye? Adakah dengan senyuman atau dengan himpunan protes beserta kata-kata makian? Kalaulah golongan minoriti ini dianggap sebagai cermin kepada keseluruhan sikap orang Islam, sudah tentu malang bagi kita. Obama bukan tak faham apa yang ditulis, dimaki dan dicakapkan. Dia faham dan dia juga tahu.

Layan dengan senyuman
Layan dengan senyuman

Kenapa kita susah sangat nak mencontohi Nabi. Nabi-nabi terdahulu juga mengajar kita cara mendepani musuh Islam. Lihat bagaimana Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Muhammad mendepani pemimpin besar yang juga Musuh Islam. Adakah dengan makian dan tohmahan?

Memang tak dapat dinafikan, Obama menguasai sebuah negara yang mempunyai dasar luar agak keterlaluan. Cuba kita tunjukkan akhlak terbaik kita kepada dia. Mungkin hidayah Allah datang dan sampai terus ke dalam hati Obama sehingga dia jadi seorang pemimpin Dunia beragama Islam disegani.

Tak ada apa-apa yang dapat mengubah pendirian US kalau kita masih menunjukkan sikap yang sama dengan negara-negara islam lain. Dia datang, sambutannya hambar. Maki hamun dan protes jalanan berpanjangan. Kesannya, tiada! Ubah sikit cara kita terima dia, insyallah dia boleh terima kebenaran.

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Firdaus Azizi says

    28 April 2014 at 15:35

    Setuju dengan pandangan Cikgu 🙂 Kadang-kadang, dengan menunjukkan akhlak yang baik, orang akan mudah tertarik dengan Islam.

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 08:17

      itu yang susah sangat nak buat kan?

      Reply
  2. zara says

    28 April 2014 at 15:42

    baru saya tau ada demntrasi dan macam2 lagi..bukan begini caranya..sama2 kita dengar lebih banyak lagi cerita2 zaman Rasulullah..

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 06:37

      Demonstrasi tu memang biasa la. Cuma agak kelihatan nakal apabila hanya mereka sekelompok kecil yang buat. Sedangkan banyak lagi cara baik yg boleh kita tunjukkan.

      Reply
  3. titan says

    28 April 2014 at 19:11

    bab ni..aku malas nak komen sangat.

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 06:34

      Malas sebab macam ada unsur politik kepartian dan kesengalan kan? 🙂

      Reply
  4. Denaihati says

    28 April 2014 at 21:31

    kita beri contoh yang tak elok pada orang bukan Islam, macam mana nak berdakwah pada mereka…

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 06:29

      Kita ni bab dakwah, sesama kita pun dah fail. Akhlak sesama kita pun tak cantik. Orang luar tengok pun ngeri tengok akhlak kita.

      Reply
  5. sweetkurma says

    28 April 2014 at 23:28

    akak setuju sangat2 dengan cikgu punya tulisan ini
    memang tak tahu apa yang mereka2 ini fikirkan
    akak pun sebenarnya tak sangka ada demo ini

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 06:27

      Demo tu kes terpencil je kak. Tapi kalau itu yang dilihat sebagai keseluruhan masyarakat Islam Malaysia, malang la.

      Reply
  6. KelipKelip says

    29 April 2014 at 07:49

    Dlm perkara ni susah nak cakap, hati dan pemikiran manusia tak sama,

    Reply
  7. Hero Borneo says

    29 April 2014 at 11:47

    kita wajib untuk memperbetulkan akhlak kita..

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 18:36

      Betul tu.. siapa kitaa nak betulkan orang? Dengan mengubah diri sendiri, insyallah sekeliling kiata akan berubah.. ceh… cam dr muhaya la plak.. hehehe

      Reply
  8. Anak Askar Pencen says

    29 April 2014 at 16:52

    Pada saya, isu Obama masuk masjid ni bukanlah isu utama yang perlu dirisaukan. Patutnya, isi kandungan perjanjian TPPA dengan kerajaan Malaysia tu yang perlu dibimbangkan. Ini kerana, ia berkait rapat dengan kehidupan dan ekonomi umat Islam serta ia tentu akan sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kedaulatan negara.

    Reply
    • Amran says

      29 April 2014 at 18:35

      Tppa tu ramai yang tak ambik tau.

      Reply
  9. amirulfaiz says

    29 April 2014 at 22:39

    Kalau begitulah adab yang dipamerkan, aduhai.. Bagaimana mahu menarik orang ke arah agama Islam?

    Reply
    • Amran says

      30 April 2014 at 06:44

      Orang sekarang masuk islam kerana islam. Kalau tengok perangai kita sorang2 rasanya dah tak ada yang nak dekati islam lagi dah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in