Zakat itu satu kewajipan kepada setiap orang islam yang layak. Kewajipan berzakat ini sering kita terlepas pandang. Buat-buat lupa atau memang terlupa dengan kewajipan yang satu itu atau merasakan diri tidak wajib mengeluarkan zakat sebab tak layak.
Kadar zakat pendapatan di Selangor ialah 2.5% daripada jumlah yang layak dikenakan zakat. Kadar nisab semasa 2011 ialah RM 10650. Maknanya kalau pendapatan ditolak dengan tanggungan kurang dari nilai tu tak diwajibkan zakat. Mengikut kalkulator Lembaga Zakat Selangor, contoh perkiraan seperti di bawah :
Ini mengambil contoh pendapatan bagi orang biasa bergaji RM2500 bersih sebulan, bonus tahunan RM 500, isteri sorang dan anak sorang. Tiada pendapatan lain diperolehi. Aku rasa ramai kot yang berstatus camni.
Gaji + Elaun + Bonus. (A) RM 30500.
Tolakkan yang dibenar. (B)
– Diri. RM 8200.
– Isteri 1. RM 5000
– Anak 1. RM 2200.
– Kwsp. RM 3355.
Pendapatan yang layak zakat A-B= RM 11745.
Zakat yang dikenakan = RM 11745x 2.5% = RM293.63 setahun.
Hakikatnya :
1. Tolakan untuk diri sendiri RM8200/tahun tu mencukupi tak? 8200/12=683. Balanja diri RM683 itu boleh buat apa ye? Cuba tengok hakikat sebenar. Bayar kereta RM650, rumah sewa RM400, Minyak Kereta RM300, Kredit Kad RM 200, Personal loan RM 300, Makan RM 200, Bil Utiliti RM 300. Jumlah semua adalah RM2350. Setahun RM28200.
2. Katakanlah nafkah isteri tak sampai RM5000. Bohong la kalau bagi isteri sebulan RM500 kalau gaji cuma RM2500. Kita ambik contoh sebulan bagi RM200. Setahun cuma RM2400.
3. Anak anak pulak belanjanya dah tentu besar. Hantar pengasuh RM200, susu dan lampin RM300. Jumlah setahun perbelanjaan anak RM6000.
4. KWSP kita kekalkan sebab itu dah ditolak siap-siap. Jumlah RM3355.
Mari kita kira semula.
Pendapatan-belanja= RM30500-(RM28200+RM2400+RM6000+RM3355) = RM-9455. Owh perkiraan defisit. Maknanya tak kena zakat lah.. Defisit hampir RM10000 setahun.
So macam mana? Nak ikut perkiraan yang pusat zakat bagi atau perkiraan sebenar aku?
Pertikaian.
Orang akan kata, isteri kan boleh bantu. Jawapannya : duit isteri jangan kacau. Itu hak dia. Kita cuma kira zakat berdasarkan pendapatan kita je.
Orang yang layak dan tahu tatacara perkiraan zakat ni ialah pusat zakat. Sebarang kemuskilan jom kita tanyakan masalah perkiraan ini kepada pusat zakat. Kalau ikutkan perkiraan yang aku buat ni, ramailah orang tak wajib zakat. Sebab tu la mungkin ramai yang tak keluarkan zakat pendapatan.
Amar says
Perkiraan mudah ialah pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Kadar faedah bank bagi setiap urusan yang melibatkan bank. Harga barang semasa dan kos sara hidup. Dan yang paling berat untuk disebut ialah, bagaimana wang zakat tu disampaikan kepada yang memerlukan? Atau simpan saja tanpa belanja (virtual)? yea lah, pelik kan bila TV3 boleh jumpa orang susah sedangkan bangunan zakat tersergam megah?…
Cikgu Hairul says
Simpan untuk kegunaan anak cucu la agaknya.
ohcikgu says
emm..kalau kena..bayar aje. kalau tak kena..tak yah la..
Cikgu Hairul says
Bayar tetap bayar. Kewajipan sbg seorang islam tuh.