Zaman sekarang ni setiap orang tak terlepas dari bebanan hutang. Ada yang sangat setia membayar dan tak kurang juga liat nak membayar.
Di antara menyimpan dan melangsaikan hutang mana satu menjadi keutamaan?
Contoh la kita ada hutang kad kredit RM3000 dan duit cash juga RM3000. Kita sedang berkira-kira nak membuat pelaburan. Mungkin ramai yang akan memilih membuat pelaburan. Saya pun pada mulanya memilih membuat simpanan di ASB.
Setelah saya membaca beberapa buah buku panduan mengurus keewangan termasuklah ebook dari Pakdi, Teknik Cashflow, Bijak Mengurus Wang dan Kemana Wang Anda tulisan Pn Hajjah Rohani, persepsi saya kepada hutang dan pelaburan berubah.
[info]Lebih baik selesaikan hutang daripada membuat pelaburan kalau keuntungan daripada pelaburan lebih tinggi daripada interest hutang.[/info]
Resepinya mudah.. Buat apa kita nak melabur dengan keuntungan 8% sedangkan hutangnya mencecah 14%? Bila dikira jangka panjang, kita kerugian 5% setahun.
Memanglah nampak mengeluarkan RM3000 terus bagi menyelesaikan hutang itu berat. Sebabnya kita melihat hutang kad kredit boleh dibayar sedikit-sedikit. Tapi kita tak sedar interesnya setiap bulan yang menjahanamkan kita.
Lebih elok lepas hutang diselesaikan buatlah pelaburan. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting duit kita tak dimakan bank sesuka hatinya.
Budak Felda says
betul2…muda2 gini sesuai utk menyimpan 🙂 saya pun dah mulakan pelaburan ..utk masa hadapan kelak
Leeza Dayasari says
dah share…… benar..
Danial says
Yup. Betul tu. Kalau nak kaya kena pandai menguruskan wang 🙂
Tetapi boleh ke mengelak daripada masalah berhutang?
Izzat Aziz says
Aku sekarang pun agak tinggi juga balance dalam kad kredit, tetapi sudah plan nak masukan hutang kad kredit tu sekali dalam loan untuk rumah nanti, jadi tak beban sangat.
Settle kan hutang kad kredit, walaupun masih berhutang, tetapi untuk rumah tidak terasa sangat, sebab tahu ia adalah asset.
TehR says
memang aku amalkan cara ini
aku tiada sebarang pelaburan sejak bina rumah
harap2 hutang rumah aku akan segera selesai
Cikgu Hairul says
Dalam buku azizi ali ada diberitahu cara cepat bayar hutang. Dalam masa 5 tahun dah boleh selesai. Kalau cikgu rajin carilah buku tu.
Khidhir says
tgh target nak solve hutang dulu..
Malaysia Coin says
Satu lagi kita terlupa, kadang-kadang kita tidak tahu menguruskan perbelanjaan menggunakan kad kredit. Kad kredit sepatutnya membantu kita menguruskan kewangan kita tapi ramai yang terbeban dengan hutang kerana kad kredit. Berhenti guna jika hutang bertambah dengan kad kredit.
siti hazreen says
Hutang memeningkan kepala…tp agak sukar dengan kehidupan sekarang tanpa hutang