Lengkap sudah dua minggu percutian sekolah Jun 2011. Cherita Journey kali ini berakhir di Tanah Tinggi Cameron. Walaupun dah banyak kali bercuti di sini tapi entah kenapa rasa jemu tu belum ada. Mungkin juga suasananya yang nyaman dan tenang menyebabkan aku terpanggil ke sini tiap kali musim cuti. Lepas balik dari percutian di Pulau Pinang minggu lepas, aku singgah di Cameron. Hajat di hati taknak menginap tapi apakan daya, permintaan isteri mesti ditunaikan. Lagipun dia dah beri kejutan sempena birthday aku. Apa salahnya aku tunaikan pulak permintaannya.
Macam biasa, lawatan tak lengkap kalau tak shopping di pasar malam Brinchang. Teh perisa strawberi menjadi favourate aku. Dapat sekotak dua untuk dibawa pulang pun jadi la.
Keesokan harinya tempat pertama yang dituju adalah ladang strawberi dan ladang sayur. Beli sayur segar kat sini memang berbaloi. Sebungkus seringgit. Tak dapat semurah tu kat KL.
Percutian di Cameron Highlands tak lengkap kalau tak menikmati buah strawberi fresh. Buah yang baru dipetik sedap sangat kalau dimakan bersama aiskrim.
wahhh..puas makan tu…