Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Lepasan SPM Nak Buat Apa?

Lepasan SPM Nak Buat Apa?

29 February 2012 by Cikgu Hairul

Sekarang dah nak masuk bulan Mac 2012. Lepasan SPM tentu berdebar-debar tunggu keputusan keluar. Cikgu lagilah ketaq lutut lebih lagi dari anak didik. Hahaha.. ini memang lumrah. Bukan apa, takut kena menjawab kat pengetua bila ramai anak didik gagal dapat A dalam subjek yang diajar.

Eh! masih ada lagi yang melangot depan tingkap setiap hari? Tak buat apa-apa? Ish! rugi tu dik. Waktu-waktu macam ni la kena ambik peluang. Macam-macam boleh dibuat masa tunggu keputusan SPM ni. Aku dulu kerja kat kilang SHARP. Gaji RM380 sebulan boleh la buat belanja masuk Universiti.

Bagi yang dah kerja, gunakan peluang itu sebaiknya. Gunakan pengalaman itu untuk belajar sesuatu yang baru. Jangan pulak bila dapat gaji habis dibelanjakan untuk handset, baju k-pop, dating bla-bla-bla yang tak berfaedah. Duit hasil titik peluh sendiri tu simpan la sikit untuk masuk Universiti nanti. Sekurang-kurangnya dapat tolong mak ayah.

Yang masih belum kerja atau buat apa-apa yang berfaedah tu kenapa? Masih pening kepala nak pilih apa yang nak dibuat? Sekarang ni memang banyak benda boleh buat. Cuma kenalah pandai pilih. Kadang-kadang bila kita duduk sorang-sorang tak ada siapa yang nak peringat. Daripada dok mengadap facebook tu doplohpatjam baik cari info-info kemasukkan ke universiti.

Anda Tak Percaya Kalau Lepasan SPM Juga Boleh Bekerja Di Singapura?

Cerita bab masuk universiti, borang UPU dah isi ke? Ingat! tarikh tutup 2 April 2012 ye. Jangan terlepas pulak dengan tarikh tu. Persediaan kena cukup. Bukan saja dari segi wang ringgit, tapi mental dan emosi juga perlu diambilkira.

Ada yang ambik kursus pendek tak? Bagus juga idea tu. Banyak kursus pendek ditawarkan sekarang ni. Kursus kemahiran, masakan, menjahit, atau boleh juga ambik lesen memandu. Itu semua persediaan untuk masuk Universiti.

Banyak lagi sebenarnya lepasan SPM boleh buat masa tengah tunggu keputusan SPM ni. Cuba tengok-tengok kat sini apa Cikgu Loh sediakan untuk lepasan SPM.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    29 February 2012 at 08:37

    Lepas jer tamat periksa perkara pertama yang Saya lakukan ialah melanjutkan pelajaran di sekolah memandu 😀 Ambil lesen motorsikal dan kereta.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 09:39

      Saya dulu hari kedua tamat periksa terus kerja. Maklumlah orang susah.. Lepas tamat U baru mencuba ambik lesen kereta. Heheh. Tapi semua berfaedah. Cuma takut remaja sekarang, tak tau nak buat apa. Sudahnya berpeleseran di shopping complex.

      Reply
  2. rahman says

    29 February 2012 at 08:53

    ada wang lebih bagus ambil lesen cepat cepat nif .. bagi saya yang tak berkemampuan terpaksalah kerja dulu cari duit sementara nak sambung belajar 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 09:56

      macam tu la adat orang kurang senang.. sekarang dah berjaya kan.. Jom jumpa kat setiawangsa bro.. hehhe

      Reply
      • rahman says

        29 February 2012 at 12:47

        berjaya, ishh tak derlah.. main kais kais jugak ni .. setiawangsa dah dekat dah tu hehehe..insyaALLAH ada ada kelapangan boleh jumpa sembang sembang… ingatkan titiwangsa tadi… tempat bercinta di zaman muda hahaha.

        Reply
  3. faiz says

    29 February 2012 at 09:12

    rugi bg siapa yg membuang masa…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 13:17

      lagi rugi kalau siap buang duit kat shopping complex..

      Reply
  4. faizfakhirin says

    29 February 2012 at 12:31

    mostly terletak pada individu itu sendiri n mak ayah mcm mana…kalau manja jer..kerja itu xleh, ini xleh…mmg hampeh jadinya..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 13:15

      Mak ayah pun kenalah biarkan anak tu berdikari stat dari sekarang.

      Reply
  5. Mr.Sepet says

    29 February 2012 at 12:42

    saya dulu lpas periksa terus cari kerja smntara tggu mna2 ..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 February 2012 at 13:19

      ternyata pengalaman tu bermakna kan?

      Reply
  6. suri says

    29 February 2012 at 13:44

    saye masa tu terus belajar pas dapt result heee

    Reply
  7. suri says

    29 February 2012 at 13:45

    masa dulu tgu kptusna nak keje ayah tk bgi ayh ckp nnti dah syok keje mls nak smbg bljar heee

    Reply
  8. titan says

    29 February 2012 at 21:45

    ambil lesen la. hehe..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 March 2012 at 10:23

      Titan banyak duit.. Boleh la ambik lesen. Yang takde duit tu, keja la dulu..hehe

      Reply
      • titan says

        4 March 2012 at 15:00

        tak la. masa aku ambil lesen dulu. abah aku yang bayarkan. haha..dah abah aku nak sponsor. takkan aku nak tolak plak. haha..tapi memang masa tu, aku ambil kerja part time gak.

        Reply
  9. b3njy says

    29 February 2012 at 22:39

    Apa kata adik2 yg tunggu SPM tu jadi blogger … ok gak tu 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 March 2012 at 10:24

      Aah.. boleh update enty 4 jam sekali.

      Reply
  10. kodinz says

    29 February 2012 at 22:42

    aku x ingat la lepas spm buat apa. haha. rasanya tolong bapak aku kat sawah kot

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 March 2012 at 10:24

      Kerja yang mencabar. Jarang orang nak buat kerja macam tu.

      Reply
  11. nazrihanafiah says

    29 February 2012 at 23:44

    saya lepas spm terus jer pergi plkn… habis plkn rehat sekejap, masuk tingkatan enam, lepas beberapa bulan kat tingkatan enam baru dapat tawaran SPA… susah pulak nak tinggalkan sekolah… tapi terpaksa…hehehehe…

    http://nazrihanafiah.blogspot.com
    http://blognazc.blogspot.com

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 March 2012 at 10:25

      Owh… saya terlupa bab PLKN ni. Ada yang kena pegi PLKN angkat senjata.. Heheh. Sangat bermanafaatkah?

      Reply
  12. yas says

    9 March 2012 at 00:31

    Lepas SPM dulu…den poie kl…cr kojo teruss…sudahnya sampai sudah kojo kilang yooo…hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      9 March 2012 at 08:38

      Takpe yas, asalkan halal.

      Reply
  13. budakserius says

    10 March 2012 at 02:23

    Berdebar gila tgu keputusan SPM.doakan yg terbaik utk budakserius ya.hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 March 2012 at 17:24

      Insyallah..

      Reply
  14. Khidhir says

    11 March 2012 at 16:03

    g plkn jgn lupa pd siapa2 yg kena ye..

    Reply
  15. Pejuang Kesenian Extreme says

    11 March 2012 at 21:26

    Saya lepas SPM dulu terus kerja..Maklumlah,dah dididik ayah untuk berdikari nak dapatkan sesuatu.Jadi duit kerja saya tu saya gunakan untuk ambil lesen..

    Reply
  16. chii says

    12 March 2012 at 10:15

    chii pun keje gak dulu..sementara nak tunggu result n masuk U..tp budak2 skrg..ramai yg dok umah je..ada yg parents x kasi keje..

    dorng byk abihkan masa kt umah tanpa melakukan apa2..rugi2 😀

    Reply
  17. Ahmad Ijat says

    15 March 2012 at 23:51

    Ingat lagi dulu amik result SPM..1 Apr. Bila cikgu kata dapat keputusan baik, saya tak percaya sebab ingatkan cikgu buat lawak April Fool, hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:15

      Ni mesti belajar last minute kan? hehehe.. Lepas tu bila dah dapat keputusan baik mulalah nak prasangka kat cikgu. Hehehe. Dah mintak maap ngan cikgu ke AI?

      Reply
      • Ahmad Ijat says

        28 March 2012 at 11:31

        Mestila dah mintak maaf,hehe..ni citer tahun 98 dulu ni. 🙂

        Reply
  18. Zul Akmar Azizan says

    20 May 2013 at 06:52

    AssalamualaikuM Dan Salam Sejahtera…Mana2 Calon Yang Berminat Nak Sambung Study Peringkat Diploma Di Kolej MASA(Malaysian Academic & Skills Advancement) Berumur 18 -21thn Mendapat Sekurang-Kurangnya 3 Kredit Dalam Mata Pelajaran…Boleh Email Kepada Saya Untuk Keterangan Lebih Lanjut…. [email protected]

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 May 2013 at 10:42

      Terima kasih di atas info.

      Reply

Trackbacks

  1. Kerja Lepas SPM says:
    11 December 2015 at 10:31

    […] secara rasminya SPM dah berakhir. Lepasan SPM nak buat apa? Ada yang terus nak bekerja. Tak tunggu tahun depan, lepas habis periksa semalam, terus keluar […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in