Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Lima Perkara Yang Meletihkan Blogger

Lima Perkara Yang Meletihkan Blogger

2 July 2013 by Cikgu Hairul

Setelah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, saya dapati hampir seluruh kehidupan blogger ini amat memenatkan. Rutin hidup seorang blogger sangat memenatkan. Tapi disebalik kepenatan itu wujud satu kepuasan yang tak siapa dapat rasai kecuali blogger itu sendiri. Apa yang meletihkan sangat tu?

1. Blogwalking

Aktiviti ini memang memenatkan. Walaupun tak guna kaki untuk berjalan beratus batu, namun blogwalking diakui oleh semua blogger suatu perkara yang memenatkan. Ada sesiapa yang rasa tak penat? Sila tinggalkan komen..

Buktinya, ramai blogger kecundang dalam bab blogwalking. Cuma sekali sekala je muncul.

Walaupun muncul hanya sekali-sekala, namun percayalah ramai blogger yang telah work smart dalam aktiviti blogwalking ini. Siap ada yang upah orang tu..

2. Balas Komen

Ini pun satu hal. Tengok je la blog ni. Bukan selalu komen berbalas pun. Itu tandanya tuan punya blog sudah letih.

Membalas komen memerlukan idea dan jiwa. Bukan main balas ikut sedap tekak je. Pembaca juga kena dijaga perasaannya.

Ni baru sikit. Kalau blogger otai yang komen sampai beratus-ratus sehari tu, mesti komennya jarang berbalas.

Disinilah perlunya work smart sekali lagi. Balas komen yang berbentuk pertanyaan dan perdebatan. Kalau setakat penyataan, saya pun paham, kalau tak berbalas pun tak apa.

3. Buang Spamm komen

Spammer semakin bijak. Akibatnya kita jadi letih. Niat di hati nak memudahkan pembaca memberi pendapat di ruangan komen. Takde la letak captcha bagai. Tapi spammer bijak ni pulak naik lemak. Macam-macam software mereka guna untuk meninggalkan komen.

Sampaikan kengkadang kita tak dapat beza pun itu komen dari spammer atau dari pembaca sebenar. Jadi kitalah yang kena tapis satu-satu sampai lebam. Macam mana la tak letih.

4. Hosting Problem

Melayan hosting provider yang bermasalah juga memenatkan. Ramai kengkawan yang pernah kena kan? Kadang-kadang tu tiket tak berbalas berhari-hari. Masalah tak selesai berbulan-bulan. Penattttt..

Lagi sedih kalau ada advertiser yang berminat dengan blog kita. Tetiba down la pulak. Boleh rugi berjuta-juta ringgit tau. Masalah hosting ni tak boleh dipandang ringan.

5. Cari Idea

Idea menulis ni perlu dicari. Kalau bernasib baik idea akan datang sendiri. Tapi tak selalu dia datang bergolek. Tengah-tengah menulis pun idea boleh hilang. Itu yang meletihkan.

Penulisan yang baik bahan pun mesti kena baik. Ada orang tu sanggup pegi bercuti semata-mata nak cari idea menulis. Sambil menyelam minum air.

Walaupun semua lima perkara tu amat meletihkan, namun blogger tegar tak pernah patah semangat. Tengok la entry masing-masing. Paling busuk pun sebulan sekali mesti update. Komen dibalas, idea terbaik disajikan kepada pembaca.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. TehR says

    3 July 2013 at 01:02

    memang penat
    tapi masih sayang nak letak jawatan
    harapkan seronok je yang lebih ni

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 06:48

      Seronok punn yang kita cari. Bila seronok barulah puas kann..

  2. Mohd Shubhi says

    3 July 2013 at 10:02

    Kalau ada matlamat berblogging, kepenatan tentu satu nikmat…

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 19:29

      Mungkin sebab tu ramai otai-otai sarankan untuk berblogging perkara utama kena tetapkan matlamat. In case kita dah kelaut lepas, matlamat akan jadi rujukan. Penat macam mana pun, kalau matlamat tercapai pasti kita gembira.

  3. suri says

    3 July 2013 at 15:12

    sya rasa no 4 paling mencabar..bab tu mmg sy letih..malas tahap dewa..

    yang nak tulis entri rasa takat ini ok lagi kot entri yg paling kacang nak buat entri WW hiii…

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 19:30

      WW pun kena ada tema. Kalau main taram je gambar yang keluar, mesti tak best kan..

      • suri says

        4 July 2013 at 08:47

        betul2..tapi kalu gambar tak jelas orang akan pikir ke laut aha.a.btw blh buat kita pikir diluar kotak

  4. suri says

    3 July 2013 at 15:17

    no 4 sllu jadi masalah sepanjang saya berblog..entri bg saya tak ada masalah utk blogger sb ww adalahs alah satu cth entri yang simple & mudah faham

  5. Joe says

    3 July 2013 at 17:02

    Aku ade satu blog terbiar. Sebab hosting problem. Semua data hilang .Sampai sekarang aku dah malas nak betulkan

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 19:32

      Owh.. pindahkan la ke hosting percuma bro. Buat landing page letak adsense ke. Aku ada jugak letak satu domain kat hostinger.my. Percuma je. Setakat ni belum ada masalah lagi la.

  6. adarain says

    3 July 2013 at 17:12

    antara yang paling penat ialah blogwalking dan cari idea…

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 19:32

      Saya setuju yang tu..

  7. onlajer says

    3 July 2013 at 18:32

    memang letih o, walaupun dengan duduk

    • Cikgu Hairul says

      3 July 2013 at 19:34

      Mau patah pinggang kalau lama-lama. Amalkan cara duduk dan mengadap PC yang sihat bro. Insyallah tak berapa letih.

  8. Zuan says

    3 July 2013 at 20:18

    sy agak sedikit penat mencari idea.. Kadang ada masalah terlalu banyak idea.. masalah mengambil masa terlalu lama untuk fikirkan idea terbaik bagi sampaikan kisah kepada pembaca..

  9. Mama Murai says

    3 July 2013 at 20:34

    Setuju sesangat… sebab tu saya dah malas nak berblogwalking. Ditambah lagi dengan kekangan masa, membuatkan saya betul-betul terasa penat melihat bait demi bait entri yang ditulis oleh blogger lain. Apa yang saya lakukan kini, cuma membalas kunjungan pemblog lain sahaja 🙂
    Tak kisahlah Alexa ranking menjunam, asalkan boleh menghabiskan masa yang terluang pada benda-benda lain yang lebih penting.

  10. Sobri Mansor says

    3 July 2013 at 22:33

    Memang letih bebeno pun bro… hehehe

  11. titan says

    3 July 2013 at 22:45

    yap. aku memang penat. tak larat kekadang. haha..

  12. shraqs says

    4 July 2013 at 09:14

    Kalau ada masalah ngan hosting provider memang sakit jiwa dibuatnya.

  13. ema says

    4 July 2013 at 10:18

    akak ni kerja..kalau free akak balas jejak balik mana yg tinggalkan komen..walaupun tidak hari-hari balas komen…akak akan tinggalkan komen pada entri yg sebelumnya…

  14. kakiblog says

    4 July 2013 at 11:44

    blogwalking dan menulis entri memang meletihkan..namun saya bersabar kerana puas berkongsi ilmu dan maklumat bersama rakan 2 blogger

    • Cikgu Hairul says

      4 July 2013 at 17:38

      Sifat mamcam ni la yang semua blogger kena ada. Pantang mengalah dan bersabar.

  15. reezluv says

    5 July 2013 at 01:02

    ehehee..macam kenal plak theme blog ni.hehehe..memang penat semua tu..tapi hasilnya nanti berbaloi..:D

    • Cikgu Hairul says

      5 July 2013 at 06:50

      Maunya tak kenal.. Hhehe.
      Sabar= Berbaloi.

  16. fyna says

    5 July 2013 at 13:47

    fyna pun rasa benda yang sama juga. bersusah dahulu, bersenang kemudian. yang penting tidak mengalahkan. tidak semua yang kita dapat dengan senang. kalau hendak berjaya memang mengambil masa.
    fyna memang kena membahagikan masa untuk blog dengan kerja. hendak berjaya memang kena banyak berkorban. kalau tidak, memang tidak dapat apa-apa.

  17. Wan Fauziâ„¢ says

    6 July 2013 at 02:20

    dugaan dan cabaran seorang blogger untuk berjaya…

  18. Rina says

    6 July 2013 at 07:26

    jangan lupa tambahkan, optimasi SEO dan promosi blog terutama di banyak jejaring sosial, ini pun cukup meletihkan dan menyita waktu apalagi bila niche yang kita pilih memiliki persaingan yang begitu besar

  19. aku penghibur says

    16 July 2013 at 00:06

    tepat sekali, paling penat bila nak cari idea, aduhh lagi kalau kering mmg sakit betul

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in