Saya berkesempatan menjadi orang terawal yang dapat melawat terowong bijih timah di Sg Lembing, Pahang yang baru dibuka untuk pengunjung. Lombong bijih timah ke terowong bijih timah? Haha. Biasa kita dengar lombong bijih timah tapi yang ni betul-betul dalam terowong. Terowong ni baru je lagi dibuka setelah ditamatkan operasinya puluhan tahun yang lalu dan sekarang ni masih dalam tempoh promosi sebagai tempat bersejarah. So, harga pun harga promosi lagi la. RM15 seorang. Harga normal nanti RM30.
Apa yang best? Kita akan dibawa menaiki tren angkut bijih untuk masuk dalam terowong tu. Perjalanan sejauh 80m tu bagi saya pengalaman baru. Biasa naik LRT, smooth je, tapi yang ni lain sikit.. Lepas tu kita kena jalan kaki lebih kurang 1km kat dalam tu. Sepanjang terowong ada la serba sikit info berkaitan sejarah bijih timah di Sg Lembing ni. Ada tayangan bekaitan kehidupan seorang pelombong bijih timah, aktiviti pelombongan dan sebagainya. Memang banyak info yang ramai orang tak tahu..
Laluan asal pelombong pun masih ada kat sini. Cuma pelancong tak dibenarkan masuk. Kita hanya boleh intai2 je. Agak menakutkan jugak laluan tu. Gelap dan sempit. Dari info yang diberikan, terowong ni ada 14 tingkat ke bawah. Bayangkan, macam manalah agaknya pelombong dulu duduk berjam-jam kat dalam terowong ni. Makin ke bawah, makin panas. Patutla pelombong hanya pakai seluar pendek dan topi keselamatan ketika berada dalam terowong.
Di penghujung laluan terowong ni, ada tangga menuju ke tingkat atas. Di situ ada simulator lif angkut bijih timah yang digunapakai oleh pelombong. Unik!
Kalau nak ke sini senang je. Jika melalui expressway (LPT),exit Kuantan pastu ikut je signboard ke Sg Lembing. Jalannya memang jalan kampong yang berliku-liku. Kalau nak naik bas pun boleh. Dari terminal bas Makmur(Kuantan), ambil bas Rapid nombor 500. Bas ni betul-betul berhenti kat depan Muzium Sg Lembing. Pastu, bolehla gunakan khidmat van untuk naik ke terowong ni..guest house pun ada kat sini.. Kawasan Sg Lembing ni sebenarnya kawasan old town orang Cina zaman koboi dulu- dulu. Cuma koboi sini tak naik kuda, koboi ni naik Wish, Grandis, Honda Accord…hehehe.
leeza dayasari says
aduhai.. jeles tgk u all jalan2 tau.
Cikgu Hairul says
Takpe Liz, nanti kalau dah ada kat sekolah pun berpeluang jenjalan camni. Jalan sambil belajar.
Hairul Azni says
Alamak..saya yg tinggal dekat dengan lokasi ni pun belum sampai lagi,cikgu hairul dah sampai..jeles ni.. 😀
Cikgu Hairul says
Cuti sekolah ni boleh la pegi. Nak best lagi pegi ramai-ramai.
hafizmd says
Peluang camni kalau dapat mmg tak boleh lepas. Baru kita tau betapa payahnya mereka dulu2 =)
Cikgu Hairul says
Sejarah mengajar kita.. Kadang2 bila kita tengok tempat2 macam ni barulah kita sedar, alangkah ruginya kita.
suri says
hai..jauh jalan nampak sampai bawah tnah jalannya hee.sy pernah baca degar gugur bercerita tapi untuk alami seperti pis dia atas setakat ini belumlah lagi.
ada peluang ras anak pergi juga 😉
Hazmin Hamudin says
Macam menarik je. banyak boleh belajar dekat sini. Rasanya sesuai jugak untuk pelajar2 sekolah buat lawatan dekat sini.
Cikgu Hairul says
Sesuai sangat la. Kalau kita tak reti nak cerita kat murid-murid, ada pegawai-pegawai yang comel lagi cute bersedia menerangkan kat kita satu persatu.
TehR says
memang tak berani aku nak masuk dalam terowong ni
Cikgu Hairul says
Sekarang dah kena berani cikgu. Banyak cerita kat dalam tu.
Achik Ezz says
Huhuhu…pengalaman baru dan info baru..
titan says
kat mana lembingnya nih..
Aya says
menakutkan lah bila tengok terowong tu..huhu