Aku senyum sendiri bila mengenangkan cerita zaman kanak-kanak dulu. Apa taknya, bila kantoi tak puasa, alasan standard yang mampu diberi ialah lupa sahur. Cetek benar kosa kata masa tu. Tak mampu mencipta ayat lebih manis agar perbuatan tidak puasa dianggap bukan satu kesalahan.
Eh, zaman ni ada lagi ke orang yang guna alasan tu? Mesti la ada. Itu kan alasan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 berada di bilik guru sedang “mengadap” cikgu disiplin. Mereka tertangkap kerana makan di dalam tandas. Masak… Getu hatiku.
“Kenapa awak tak puasa?” Sekali gertak masing-masing mula menikus. Cikgu Ali yang terkenal dengan kuasa saktinya memang sangat digeruni pelajar. Derap tapak kasutnya aja dah buat hati bergetar. Ini pulak kena jerkah. “Saya lupa sahur cikgu”. Terketar-ketar Komeng menjawab. Berdekah satu bilik guru dengar pengakuannya. Badannya besar, gengster sekolah yang digeruni oleh pelajar tingkatan 1. Rupanya takut juga dia dengan Cikgu disiplin.
“Habis tu, kenapa makan dalam tandas? Macam tak ada tempat lain kamu nak makan. Siap berjemaah lagi. Kalau mak bapak ambik gambar kamu semua ni makan dalam tandas, kan tak pasal-pasal sekolah dapat malu. Kamu jangan fikir perbuatan kamu tu tak menyusahkan orang lain.” Ah, masuk pulak isu semasa ceramah free Cikgu Ali ni.
Aku semakin berminat dengan drama itu. Bukannya apa, kelakar la. Tak sangka, ia membangkitkan nostalgia dulu-dulu. Aku pun pernah guna alasan yang sama. Tapi masa tu cikgu boleh terima. Sekarang dengan perkembangan ilmu agama, alasan macam tu dah tak boleh pakai lagi. Iyelah, bukannya syarat sah puasa tu mesti bersahur. Kalau tak bersahur pun boleh puasa juga.
Deringan loceng menamatkan khayalan aku. Masa melanggut sudah tamat. Tak sempat dengar bebelan cikgu ali lagi.
Mungkin ada banyak lagi alasan yang pernah kita berikan bila kantoi tak puasa kan. Kongsikan la kat sini. Mesti kelaka gila.. Zaman remaja yang tak mampu dilupakan tak elok simpan sorang-sorang. 🙂
Shaffik says
Biasa laa tu cikgu…dulu alasan ni diguna pakai bukan dengan cikgu jer…dengan kawan-kawan pun cakap cam tu kalau x puasa…kira alasan yg standard laaa ni…seronok kan tgk budak-budak sekolah…igt masa dulu-dulu
Cikgu Hairul says
Satu lagi alasan fames.. lupa niat. Wakakak. Memang kecik-kecik kenangan terindah untuk dikenang.
zik says
macam aku nih kerja berat woo.. kalau tak sahur pagi tuh, anggaplah tak puasa hari tersebut.. biasa alasan gastrik…
Cikgu Hairul says
Kalau dah kerja berat, tak larat sangat diharuskan berbuka. Takde masalah rasanya.
hafizmd says
hehe…alasan tak puasa tu mmg alasan seluruh Malaysia…keh3
Cikgu Hairul says
Alasan turun temurun.. Pelik juga.. ada ke mak bapak generasi kita ni yang ajar anaknya bagi alasan macam tu.
titan says
budak-budak sekolah..port selamat diorang memang la dalam tandas..mana ada tempat lain lagi..
Cikgu Hairul says
Memang tak bole blah. Sanggup tu ngadap tandas. Tak seselamat mana la. Ramai reporter.. Sepandai-pandai tupai melompat, ketanah jua akhirnya.
Obsolete Coin says
Kalau masuk paper ok gak ler bleh jadi femes sekejap mcm kat sekolah kantin dalam tandas tu…. 🙂
Cikgu Hairul says
Fames kalau perkara positif takpe. Kalau negatif, tak pasal-pasal guru besar kena pindahkan.
Hairul Azni says
Nasiblah kau Komeng…
Cikgu Hairul says
Nasihat je. Tak la sampai patah riuk.. heheheh
Zuan says
hehe dulu time aku mengajar, malas nak amek port apa pelajar buat
Cikgu Hairul says
Boleh juga macam tu. Cukup bulan cucuk duit, keluar 3-4 ribu sudah.. hehehe. Tapi.. takut jugak. What u give, u get back. Anak-anak kita nanti dibuat camtu, susah juga jadinya.
Zuan says
hmm risau juga bila difikirkan apa akan terjadi balik kepada kita kalau kita tak bertindak dari sekarang..
Sobri Mansor says
Alasan paling famous sampai akhir zaman….
Cikgu Hairul says
Hahaha…. sampai akhir zaman? tak bleh tahan la alasan tu. Ingatkan zaman melenium alasan pun mellenium jugak.