Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Maaf, Encik Orang Miskin

Maaf, Encik Orang Miskin

31 May 2013 by Cikgu Hairul

bank rakyatPagi-pagi lagi dah ada satu deringan menusuk telinga. Ahh.. tengah cuti-cuti ni pun ada yang mahu berurusan, detik hati kecilku. Aku angkat, lalu panggilan dijawab.

Di hujung talian sayup-sayup kedengaran suara seorang wanita memperkenalkan diri dengan penuh skema. Mesti ini orang insurans. Tak pun orang nak promote ntah apa-apa.

Benar telahan aku. Seorang pegawai dari Bank Rakyat telefon. Entah dari mana dia dapat nombor tu.. Demm!

Macam biasa, pegawai pemasaran berstatus telemarkerter ni akan cakap tak henti-henti. Memula tu dia tanya umur, kerja kat mana, ada kredit kad ke tidak dan macam-macam lagi. Awas ini semua soalan perangkap. Jangan sesekali beritahu maklumat peribadi anda!

Pegawai ni bagi tazkirah ringkas 5 minit pasal pinjaman peribadi. Blablablabla.. potpetpotpet.. Dalam pada tu, kepala hotak ni ligat memikir, macam mana nak excuse cara terhormat. Hahhhhh.. bingit telinga. Lega bila dia habis cakap.

Encik berminat? Kalau encik berminat, encik cuma perlu sahkan beberapa butiran diri, lepas tu encik boleh terus ke bank untuk tandatangan surat perjanjian.

Amboih.. Macam la aku bersetuju sangat.

Tapi sebelum tu encik, berapa ye gaji encik? Ala.. nak korek rashsia la tuu.. Gaji saya tak sampai dua ribu pun cik, jawab saya.

Owh kalau macam tu tak apa la encik. Pembiayaan peribadi ni untuk kakitangan awam yang mempunyai gaji RM3000 dan ke atas sahaja. Encik tidak layak. Terima kasih encik, kami tidak dapat menawarkan skim ini.

Hehehe… Trik ini menjadi sekali lagi.

Engkau carilah orang kaya untuk bagi pinjaman ni. Orang miskin, susah, merana mana layak diberi pinjaman kan?.

Terdiam.. mungkin terasa. Pi lantak dia la.

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hairul Azni says

    31 May 2013 at 23:29

    Haha..terbaik..saya akan praktikkan teknik macam cikgu buat lepas ni..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 June 2013 at 13:09

      Cuba dulu. Takut tak menjadi. Heheh

      Reply
    • Pendidik2u says

      4 June 2013 at 21:16

      sy memang suke layan…
      tp xpernah beli pun insurans/kad die jual…
      kesian die penat2 promote…hehe..
      tp sy dh bgtau dh awal2…sy boleh dgr je x nak beli…die kate xpe dgr pun x pe..

      Reply
  2. blackrosehunter says

    1 June 2013 at 03:10

    hehehe..kalau orang insurans..saya dah dah ada insurans ni..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 June 2013 at 13:43

      pernah jugak cakap kat orang insurans macam tu. tapi alasan mereka, boleh je clim 2-3 company. setahu saya memang tak boleh claim lebih dari 1.

      Reply
  3. kakiblog says

    1 June 2013 at 10:09

    pinjam susah bayar lagi susah…betulkan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 June 2013 at 13:54

      betul-betul.. sebab tu la bank susah nak bagi pinjaman kat orang susah. orang susah memang susah nak bayar. dah istihar muflis pun bank tak mampu buat apa2.

      Reply
  4. Izzuddin Fauzi (Sukasedap.com) says

    1 June 2013 at 10:45

    Kome jugak dapat kol semalam -_- Jawapan yang kome bagi… “Kol nanti ye – ngantuk nie…”

    Reply
  5. Sobri Mansor says

    1 June 2013 at 12:26

    Menjadi jugak trik nih. Kalau nak lagi pedas menusuk kalbu, tengah2 dia bercakap, terus buat bunyi angin bising lepas tu letak telefon. Huhuhu

    Reply
  6. titan says

    1 June 2013 at 21:58

    selalu. aku cakap direct je.

    “Saya sibuk. Saya tak nak diganggu”.

    Kalau tak makan saman gak..

    “Ko boleh berambus tak sekarang? Aku sibuk ni”

    walaupun ketika itu tengah main main game pacman kat laptop.

    Reply
  7. shafiq says

    2 June 2013 at 12:26

    gempak gak alasan cikgu bagi kat dia , hehe ,

    Reply
  8. leeza dayasari says

    2 June 2013 at 16:27

    letih nk melayan kerenah ni semua…

    Reply
  9. Syarih says

    2 June 2013 at 23:28

    teknik perniagaan bank…calling-calling…kekadang diaorang cakap sampai kita tak leh nak mencelahpun..

    Reply
  10. Aku Anis says

    15 June 2013 at 12:24

    Kalau anis letak je terus. =3

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2013 at 20:16

      itu yang terbaik. kengkadang malas nak layan jugak.

      Reply
  11. Promosi Jubah says

    17 August 2013 at 02:10

    Masa kat kedai makan tadi… ramai yg sembang bab nie…
    saya agak kurang faham… tapi lepas baca karangan awak…

    saya dah mula dapat tangkap maksud diorg… terima kasih atas post
    yang bermanafaat nie..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in