lihatlah sikap pemandu ini. Suka-suka menghalang kereta orang. Rupanya bukan sikap pemandu malaysia ni buruk di jalan raya malahan di tempat parking pun buruk juga. Meletakkan kereta tanpa menggunakan akal yang waras. Ish macam mana orang kata rakyat Malaysia ni kaya dengan adap sopan dan sopan santun? Gambar di atas jadi bukti. Bukan setakat itu saja, tampalan lepas pun boleh dijadikan bukti.
Habis tu kalau parking macam tu gaya, macam mana orang nak keluarkan kereta? Antara saranan rakan-rakan di facebook aku kongsikan di sini.
Kalaupun urusan tu penting sangat, apa salahnya letakkan nota dan nombor telefon. Tidak la si kena blok tertanya-tanya dan menimbulkan kemarahan. Aku pernah tengok banyak situasi macam ni. Akhirnya situasi ini boleh mengakibatkan kereta sendiri jahanam. Agaknya mereka belum jumpa dengan pemandu lebih gila dari dia kot. Kalau dah jumpa mau terbalik kereta tu.
Payahnya mendidik pemandu menjadi orang sopan. Buatlah sekolah memandu, kempen kesedaran, promosi tapi kalau dah namanya orang Malaysia ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan je la. Umpama mencurahkan air di daun keladi. Memang tak menjadi. Degil sungguh rakyat Malaysia.
Aku suka dengan tulisan Ustaz Pahrol “Warna Sebenar Kita di Jalan Raya“. Terasa insaf dan boleh memotivasikan. Harap-harap tiada dapat memperbaiki diri terutamanya di jalan raya.
RoyRMY says
da la block kereta org… tarik hand break plak tu.. kalo x tarik hand break x pe gak…
Cikgu Hairul says
Tu la pasal.. Dia ingat boleh terbang agaknye.. Ish pelik la..
Cikgu Hairul says
Kebanyakkan keta skrg takboleh tarik kunci kalau tak tarik handbrake..
Pacifista says
biasa berlaku pada diri aku sendiri.agaknya si pemilik kereta ni tak sedar yang dia jugak akan kena macam ni kalau dia buat orang macam ni.alahai…
Cikgu Hairul says
Bikin panas.. Hehehe
titan says
itu cari pasal sebenarnya..
Fiza says
kalo nk parking cam tu duduk ler dlm keta bila org nk keluar bolehlah terus ngalihkn kereta xdelah menyusahkn org ye x 🙂
Cikgu Hairul says
kalau dok dalam keta, takde la dia nak parking kat situ. heheh.