Bismillahirrahmanirrahim.
Mungkin ada yang bertanya yang mana satu yang betul, mana satu nak pakai? Magnetic North atau True North? Mungkin juga ada yang tak peduli pun. Saya tulis di sini sebagai general knowledge.
Magnetic North ialah magnetic yang betul dan boleh jadi tak berapa betul. Magnetic North ialah arah utara mengikut arus magnet bumi. Jadi arah utaranya berubah-ubah mengikut kepanasan, cecair logam dalam teras bumi. Kalau kita ni duduk kat kawasan utara atau selatan bumi bacaannya akan berbeza sekitar 20 darjah macam tu. Kita yang kat khatulistiwa ni tak nampak beza pun.
Untuk membetulkan masalah ni, dan mendapatkan ketepatan jurutera tetapkan satu arah piawai utara-selatan. Inilah yang dinamakan True North. Suhu bumi berubah pun bukan masalah. Jadi True North ni perlukan maklumat location kita di mana untuk dimasukkan dalam kiraan. Sebab tu saya cerita ni.
Di phone kita tu, contohnya iPhone. Off kan saja True North. Kalau kita On kan True North, perlu On kan juga Location Service dan Compass Calibration untuk beritahu iPhone maklumat yang Compass perlukan. Kalau kita On kan True North tapi Off kan Location Services atau Compass Calibration, akan sesat lah compass tu jadinya.
Location Service tu banyak mendedahkan privacy kita dan akan hauskan kuasa bateri phone. Jadi tak sesuailah untuk orang yang kurang guna app yang perlukan Location ni. Jadi, gunalah ikut kesesuaian. Bagi kita yang kat Malaysia ni, yang bukan nak belayar atau travel adventure tu tak perlulah True North ni. Off kan saja True North dan off kan Location Service dan Compass Calibration. Kita guna Magnetic North.
Ira says
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat dan berguna pada semua.Nice sharing.
Naziman Azlye says
Terima kasih. Saya baru tahu tentang True North ni. Dah ada standard tu rupanya.
Gum Arabic Al-Manna says
Betul tu tuan. Location service banyak dedahkan privacy kita dan bateri cepat habis. Rupanya ada kelemahan ketara juga bila guna true north tanpa on location service.