Alhamdulillah semalam ada orang yang belanja berbuka puasa. Tempat ekslusif macam ni kalau tak ada orang sponser takdenyer nak pegi. Antara makanan yang menjadi pengacau program diet saya.
Kambing bakar ni betul-betul buat terliur. Perh!! tak tau la berat badan naik berapa kilo lepas ni.
Ada juga yang berani makan tiram ni ye. Ntah apa-apa punya menu da. Rasanya tiram tu tak dimasak. Tiram mentah cuma dicicah sos dan dititiskan dengan limau. Nak mencuba punya pasal, layan je la. Kembang tekak.
Masa menunggu waktu berbuka ni dimanafaatkan dengan bergurau senda. Patutnya penuhilai dengan zikir kan. Hehehe, sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan dan bos-bos besar, layan je la kerenah dan gelagat mereka.
Masuk je waktu berbuka puasa lepas baca doa, makan manisan dulu. Kek sepotong, kurma dan tembikai 4 potong. Tu pun dah rasa kenyang. Cerdik punya pasal, air tak minum dulu. Takut kenyang. Lepas solat baru nak makan beround-round. Nasib baik masa solat tak teringat kambing yang ditinggalkan. Hahaha.
Cuba tengok nasik tu, sikit je kan? Hehehe, takut gemuk la tue.. Makan lepas selesai solat. Lepas tu barulah baham kambing dan tiram. Lepas abis makan semua tu ingatkan nak terus balik, tapi bos tak bagi. Katanya bos besar tak balik lagi. Kena tunggu dulu dan disuruhnya baham lagi. Lagipun bos kata majlis tu sampai pukul 9:30.Apa lagi, tanpa segan silu terus cari mangsa untuk dimakan. Ada udang galah, ketam masak lemak, lemang, ketupat yang paling tak tahan tu ada kerabu mangga dengan petai. Hai la hotel ni. Tak kena betul menunya. Nasi putih tak de, yang ada cuma nasik beriani je. Semua tu tak sempat diambik gambar sebab terlalu asyik menikmati hidangan.
Saya rasa lepas kami balik ni manager hotel tu mesti pening kepala. Macam pirana makannya. Macam tak pernah makan tu. Ishhh! geleng kepala agaknya dia kan. Tapi tu la, kalau tak buat macam tu terasa tak berbaloi pulak orang yang belanja tu bayar mahal-mahal. Bayangkanlah sekepala RM80. Jadi balun la cukup-cukup.
Dengar cerita minggu depan ada orang nak open table lagi. Kat hotel mana pulak la ni. Jangan membazir sudah! Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana beri kami rezeki macam ni.
Jebeng Otai™ says
yela..org dh belanja..kene rasa semua..hehe
Cikgu Hairul says
Nak bagi orang yang belanja tu puas hati. 🙂
rahman says
kambing tu nampak sedap giler 🙂
Cikgu Hairul says
Memang sedap.. Sampai menjilat jari.
Ibu Mifzal Arsyad says
Yg bestnya…org belanja…rezeki..rezeki…
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah
titan says
hoho..bab melantak ni..serbu aje. jangan malu-malu..
Hafizul says
Hehehe..untung badan kan dapat merasa makanan best2…alamak..tiram mentah tu best ke cikgu??tak pernah makan lagi yg mentah mcm tu..
Cikgu Hairul says
Tiram mentah buat tekak rasa kembang.. Tak pernah makan benda mentah.. Mungkin yang dah selalu makan rasa sedap kot.