Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Mak… Janganlah Marah Adik

Mak… Janganlah Marah Adik

18 November 2011 by Cikgu Hairul

Mak.. Adik sayang mak. Semalam adik dapat keputusan UPSR. Adik takut sangat nak beritahu mak keputusan Adik. Nak balik rumah pun Adik takut. Adik tak pandai. Tak macam Along dengan Angah yang dapat 5A. Tapi kan mak.. Inilah kemampuan adik. Mak pun tengok kan, macam mana Adik ulangkaji kat rumah? Apa yang mak suruh Adik tak pernah bantah. TV, mainan, jalan-jalan semua Adik tinggalkan. Sampaikan kawan-kawan Adik semua lari. Adik tak terasa hati pun. Dari awal tahun sampai hari peperiksaan pun Adik masih pergi kelas tuisyen. Asalkan Mak puas hati dengan sikap adik. Biarlah Adik tak ada kawan-kawan asalkan Adik ada Mak.

Masa hari peperiksaan Mak dengan Ayah hantar Adik sampai pintu dewan. Besarnya harapan Mak dan Ayah, nak tengok Adik berjaya dapat 5A. Adik mintak maaf Mak.. Adik cuma mampu dapat 4A 1B je. Adik akui, Adik dah kalah dengan Along dengan Angah.

Mak.. Kenapa mak marah Adik sampai macam ni? Mak sanggup kata Adik bukan dari keturunan Mak. Mak sanggup kata kat anak mak macam ni. Adik pun ada hati dan perasaan. Semua cikgu nasihatkan adik supaya bersabar dan cuba lagi masa PMR, SPM dan kat Universiti nanti. Tak ada seorang cikgu pun yang marah adik dapat keputusan ni. Tapi kenapa Mak marah adik?

Besar sangatkah kesalahan Adik tak dapat 5A? Kenapa semua mak ayah orang lain boleh gembira anaknya dapat 5B, tapi Mak Adik tak boleh gembira? Adik takut nak hadapi peperiksaan lagi. Entahlah Mak… Adik terasa takut sangat nak masuk tingkatan satu. Nak ambik PMR dan SPM. Nanti apa pulak Mak kata kalau adik tak dapat macam mana yang Mak harapkan.

Mak… Adik sayang mak. Kalau mak marah-marah lagi, adik tak tau nak mengadu kat sapa. Kawan-kawan pun dah tak ada. Along, Angah, Ayah semua macam mak juga. Tak dapat terima kegagalan adik. Adik nak duduk dengan nenek. Tapi Adik tak tau macam mana nak pergi rumah nenek sebab Mak Ayah tak pernah bawak Adik jumpa Nenek.

Kalau Mak baca surat ini, sekali lagi Adik mohon ampun dan maaf. Adik terpaksa ikut cikgu balik rumah. Kalau mak dengan ayah dah hilang marah, Mak carilah cikgu Adik. Mungkin dia dapat bantu mak cari Adik.

Yang sayang Mak…
Adik..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Denaihati says

    18 November 2011 at 20:53

    harap bukan kisah benar.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2011 at 17:57

      Ingatan untuk ibu bapa yang sering marah2 pada anak yang kurang berjaya.

      Reply
  2. Achik Ezz says

    19 November 2011 at 18:15

    Sedihnya…janganla ada ibubapa yang bersikap macam ni.ibubapa jgn terlalu obses pada akademik anak2 sahaja.perlu ambil berat juga tentang sosial dan perasaan anak.bila dimarah macam tu,anak2 akan hilang keyakinan diri dan mereka akan takut untuk membuat keputusan sendiri…bersyukurlah,sekurang2nya,anak tu lulus.biarlah x5A asalkan sahsiah gred A.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2011 at 21:45

      Ingatan untuk ibu bapa.

      Reply
  3. Pacifista says

    20 November 2011 at 01:28

    bila ibu bapa terlalu mengharapkan anaknya berjaya,anak pulak jadi mangsa stress.aku rasa kalau buat kajian stress sekarang ni,bilangan kanak2 yang stress pasti meningkat.percaya la cakap aku ni… ๐Ÿ™

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 December 2011 at 07:26

      Tengok muka anak-anak yang databg sekolah pun kita boleh tau tahap kestresan mereka. Pagi,moetang sampailah malam pegi tuisyen.

      Reply
  4. adamfaiz says

    22 November 2011 at 10:48

    Siapa yang tak nak anak berjaya kan? Tapi jangan terlalu mendesak dan pressure.. 4A 1B pun hebat juga..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 November 2011 at 19:11

      Ada juga ibu bapa yang tak reti bersyukur. Dia ingat upsr tu la penentu segalanya. Padahal panjang lagi perjalanan hidup.

      Reply
  5. titan says

    28 November 2011 at 03:44

    pula. banyak pula surat macam ni sekarang ye. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • adele says

      28 November 2011 at 12:03

      surat bagi kesedaran bagus apa.kadang2 org terlepas pandang.huhu

      Reply
  6. adele says

    28 November 2011 at 12:02

    janganlah marah mak. fahamilah perasaan anak-anak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 December 2011 at 07:28

      Cuma segelintir orang je yang susah nak fahami anak ni. Mereka target yang paling tinggi sekali. Kalau dapat rendah sikit tus kata gagal.

      Reply
  7. shraqs says

    29 November 2011 at 12:45

    Ini memang perkara biasa skrang nie, lebih lagi di bandar2 besar & sekolah2 yang hebat skrg. Prestasi tinggila, bestari la, macam2. Parent cbuk nak kejar ank2 masuk sekolah sdmikian, tanpa pkir prsaan anak2. Last2 dapatla manusia yang bijak ilmunya (akademik) tapi kurang dari segi akhlak. IMO

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 December 2011 at 07:30

      Kalau akhlak buruk, bijak pun tak guna. Macam kes baru2 ni… Bijak akademik tapi kawin sama jantina. Fuhhhhh..

      Reply
  8. Mekar says

    5 December 2011 at 17:32

    Mesti stress budak2 zaman sekarg kan ? Kepada ibu bapa, bersyukurlah dengan kemampuan anak anda ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 December 2011 at 07:31

      Memang stress..

      Reply
  9. kyrul says

    6 December 2011 at 13:57

    dulu aku kena marah teruk upsr dpt 3a 2b ,now pmr .insya allah nak dapatkan 9a tu ade harapan .Amin .

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 December 2011 at 21:47

      Lepas kena marah, terus insaf ue.. Hehehe. Bagus2. Asal tak down takpe. Kalau down tu yang masalah nanti.

      Reply
  10. Wan Perlis says

    6 December 2011 at 20:24

    kira ok la u 4a 1b

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      6 December 2011 at 21:45

      Cuma memandang ke atas, tak memandang ke bawah famili dia nih.. Kalau dia pandang ke bawah, insyallah dia boleh terima keputusan anaknya.

      Reply
  11. Juan says

    14 December 2011 at 05:13

    mak ai, tersentuh hati aku baca entry ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 December 2011 at 07:32

      Sekadar sentuhan biasa je ni. Untuk peringatan kita juga kan.. Hehehe jangan nanges bro..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in