Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Makanan Tak Halal Lagi : Betulkah?

Makanan Tak Halal Lagi : Betulkah?

22 July 2011 by Cikgu Hairul

Aku dapat satu email dari spammer yang mengatakan Butter Dari Newzeland Terdapat DNA Babi. Suka aku nak kongsikan benda ni sebab ia melibatkan pemakanan kita. Benda Haram jangan buat main-main. Masuk dalam badan suei oii.

Email tu siap bagi bukti Memo dari JAIJ. Kebenarannya masih kabur sebab dalam akhbar tak ada pun berita ni. Tapi kalau bab-bab Ehwal Islam ni mana mungkin orang nak sebarkan.

Katanya lagi, biasanya bahan yang ada DNA Babi tersebut digunakan di dalam kek Lapis Sarawak. Apa yang lagi mengejutkan adalah JAKIM telah mengiktiraf pihak Badan yang mengiktiraf makanan dari Newzeland tersebut. Masakan JAKIM tersilap pandang.

Antara bentuk produk Butter yang dikatakan ada DNA Babi tersebut macam gambar kat bawah ni.

Mohon kepastian dari sesiapa yang tahu akan hal ini. Minta kongsikan bersama ye. Tapi sebelum keluar pengesahan dari JAKIM jangan percaya dulu. Cuma kita ambil langkah selamat dengan tidak mengambil produk ini.

Hai la.. duduk dalam Negara Islam pun susah nak dapat makanan Halal. Sedangkan mencari yang Halal itu wajib bagi setiap umat Islam. Selagi kita tak bersatu bina empayar makanan berteraskan Islam, selagi tu la kita akan jumpa isu-isu macam ni.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Mr Rileks says

    22 July 2011 at 22:56

    x tahu lh kesahihan dgn fakta nie… tp klau betul, bahya nie.. butter nie slalu org guna buat kek..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 July 2011 at 04:52

      kita tunggu je la pengesahan jakim.

      Reply
  2. izwannizam says

    23 July 2011 at 15:19

    kadang2 logo halal badan luarnegara pun ada yg disahkan oleh Jakim.kena check dulu lah..

    ini peluang orang kita nak berniaga sebenarnya.dan pengguna kena sokonglah barangan buatan orang Islam walaupun tak ada jenama.janji orang Islam buat.

    dan peniaga Islam pula kena pastikan produk bukan sahaja diproses orang Islam,tapi kebersihan kilang pun kena pantau.baru mudah dapat sijil halal..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 July 2011 at 20:45

      jakim memang sentiasa pantau, tapi takut terlepas pandang. Malumlah mereka ni banyak keja.

      Reply
  3. titan says

    23 July 2011 at 17:47

    ni first time aku dengar benda nih..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 July 2011 at 16:19

      belum ada keluar kat tv lagi. mungkin tunggu heboh satu negara kot. lagipun ni kan dah nak raya. orang sibuk beli butter ni nak buat kuih.

      Reply
  4. Pacifista - X says

    24 July 2011 at 22:09

    aku ada tengok butter jenis ni kat giant semalam.rasanya la…
    nak kena jaga2 ni.erm…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in