Seronok tak terkira. Itulah yang terlintas dalam hati bila saya lihat murid-murid sekolah melakukan aktiviti mencabar lepas waktu persekolahan. Memanjat pokok, bermain bola atas jalan, main kejar-kejar, semua itu aktiviti biasa kanak-kanak. Kadang-kadang rasa nak marah, kadang-kadang geli hati, kadang-kadang kecut perut. Mereka bermain seolah-olah tiada bahaya yang menanti di hadapan.
Teringat kesah dulu-dulu. Sewaktu awal kanak-kanak. Samalah aktiviti mereka dengan aktiviti saya. Dalam perjalanan balik rumah, singgah kebun orang ambik buah rambutan. Memanjat pokok, sebijik macam mereka. Emmm.. Itu cerita dulu, semasa zaman tiada saman menyaman antara ibu-bapa dan guru. Kalaupun jatuh dari atas pokok, pandai-pandailah cover dengan mak abah. Takde la sampai mak abah menyalahkan pihak sekolah di atas sikap anak-anaknya sendiri.
Berbeza dengan zaman ini. Lasaknya murid mungkin lebih lagi dari kita masa dulu-dulu. Hebatnya mereka, mungkin lebih dari cikgunya dulu-dulu. Biasalah aktiviti macam ni. Takkan kita nak marah. Apa nak buat kalau terjumpa dengan perbuatan macam ni? Nak marah? Nak tegur? Nak seligi? Siapa kita? Cuma orang asing yang lalu lalang. Kalau dulu dah tentu pakcik jual sayur pun boleh marah. Sekarang tak de pasal nak tegur anak orang. Silap-silap kita yang kena saman.
Barangkali satu tindakan kurang bijak kalau memarahi mereka. Dalam proses mereka belajar, kita cuma perlu pantau. Setakat jatuh sikit-sikit tu perkara biasa la. Setakat luka kecil, tak payah la risau sangat. Biarkan mereka belajar sedikit kepayahan. Jangan nanti langsung mereka tidak boleh berdikari. Saya akui, memang semua orang sayangkan anak. Sayang biarlah bertempat. Marah juga biarlah kena pada tempat dan waktunya.
Marahi guru mereka juga lagilah satu tindakan yang tak bijak. Ada sesetengah ibu bapa tu, bila lihat anaknya main permainan berbahaya, terus complain kat cikgu. Terus menuduh cikgu tak reti nak jaga anak murid walaupun diluar waktu persekolahan. Sedih juga bila budaya macam ni terus menebal dalam kalangan masyarakat kita. Kan cantik kalau kita sama-sama didik anak. Barulah kita jadi sebuah masyarakat yang sama-sama berjaya. Tak rugi menegur anak orang dan berharap ada orang yang sanggup menegur anak-anak kita bila jumpa mereka buat salah.
Menegur secara berhemah mungkin pendekatan terbaik..
Apa lagi cara yg ada.. itulah satu-satunya yg kita boleh buat sekarang. Mereka nak dengar atau tidak, bukan kuasa kita lagi.
budak2 ni kadang2.. dah kena dan sakit sndiri barulah mrk tidak mahu buat.
kita marah mrk tak akn percaya n dengar. lagi dibuatnya yaaaaa…..
kalau mcm panjat pokok tu.. dh jatuh barulah mrk tak nk panjat.
kadang2 kita ni risau keselamatan. tp benda2 ni buat mrk belajar.
Biarkan je la mereka buat. P&P melalui pengalaman. Mungkin itu yg terbaik buat mereka.
Best ape dpt pnjat2 pokok cam tu..mcm zaman kita budak2. Budak2 ni org bandar,tinggal rumah taman,tak pon duk apartment, mana la ada pokok cam gini.jumpa kat sekolah tu yg jd jakun. Nak tunjuk terrer la tu..
Explore kehidupan.
ini kalau orang lama mesti suruh panjat tinggi lagi
Bahasa kiasan camtu budak2 sekarang tak faham. Percayalah, kalau disuruhnya panjat lagi tinggi mungkin dia kata ” susah la nak panjat tinggi2, tak ada skylift”. Tak ke haru kita.
kebanyakkan budak skrg susah nak dgr kata
Semuanya bermula dari didikan di rumah.
ha. biar aje..haha..
Kalau dibiarkan dan tak jadi apa-apa, takpe. Bila dah jadi apa-apa tu yg masalah.
time tu pepandailah lari. cikgu-cikgu kan dah kata..jangannn..janggannn..depa wat gak. aku sepak sekor-sekor..baru tahu.
cikgu tetap meanbur bakti walau apa pun terjadi, bak dian membakar diri
wah..berpuitis pulak di sini 😉
Hahaha.. sesekali meluahkan rasa dengan ayat bunga takpe cikgu. Lagipun mod pesta bunga putrajaya tak abis lagi kan.
saya suka lari cam atas tu masa tu keick lagi hee…lepak ats pokok juga best
Sekarang agak2 mampu tak panjat pokok lagi? Heehe
masa kanak2 ni lah diorg bermain dan berinteraksi dengan rakan2..mungkin kalo dah terlebih sgt tu ptt dimarahi utk elak perkara x di ingini..
Kalau dimarahi rasanya mereka lagi nak buat. Cuba biarkan je.. Pembelajaran melalui pengalaman.
kena slg ingat mengingati..dan nak tegur pn ada teknik +berhemah supaya xtimbul salah faham..
yang salah faham ni biasanya mak ayah. terasa tercabar sebab ada orang tegur anaknya.
kalau marah x jadi bende tu
suruh je panjat tinggi lagi tu 🙂
Kalau sekarang kita suruh panjat tinggi, mungkin juga dia buat. Tak paham bahasa kiasan. Hehe
Budak-budak memang nakal. Sepatutnya cakap apa kesan kalau jatuh. Itu lebih baik kan
Belum kena tu. Dah kena baru dia tau.
ooo boleh tahan jugak ekk cikgu zaman kanak2 dulu..haha..emm baik suruh daripada larang..murid2 zaman sekarang..haha
Boleh la tahan juga. Nakal tapi tak jahat tau.
Dulu peredaran masa tak sepantas hari ni, hari ni semua pun pantas. Bila kanak-kanak panjat pokok dengan pantas, jadi mudah jatuh. Kita dulu lain, masa bergerak dengan hati-hati, jadi semasa kita memanjat dulu pergerakannya tak laju sangat. Keputusannya, tak ramai yang jatuh. Zaman sekarang ni berjalan dengan kasut croc pun jatuh terpelecuk.
Dulu-dulu pun ada orang jatuh juga kan? sampai patah tangan. Hhehehehe
bab ibu bapa salah kan guru tu yg x manis di dgr..x sepatutnya berlaku perkara tersebut kan..lebih2 lagi sekiranya kejadian yg berlaku,di luar waktu sekolah..cikgu pun punya tugas lain lg yg harus diselesaikan selain nak menjaga anak murid..
//..time kecik2 chii x penah panjat pokok..tp skrg ni..err…pernah la beberapa kali..eheheh..nak petik buah mangga :p
Ish! camna la rupanya chii panjat pokok mangga.. terbayang chii tergantung atas pokok hehe
btul gkkn..hehe
dieorg tgh mncuba sesuatu yg mncabar sebnrnya tu..
kalau kite sekat mcm kite sekat kekreatifan mereka bak kata motivator
kita kena kawal dan perhati je. nak tegah takut jadi tak kreatif nanti.
Sama seperti zaman kanak-2 saya dulu. Zaman sekarang, kalau jatuh pokok macam gambar diatas tu, bukan anak disalah, tp guru yg salah.
dunia dah berubah. anak tak reti kencing dalam tandas pun cikgu yang disalahkan tau sekarang ni.