Saya buntu, tak tau apa nak ditulis.
Itulah jawapan standard bila disuakan dengan soalan berkenaan entry dalam blog-blog dalam jagaan saya yang kelihatan hampir bersawang.
Sudah menjadi lumrah, seorang blogger separuh masa. Apabila tugas hakiki menagih komitmen tinggi, tugas sampingan terpaksa letak tepi dulu.
Mungkin juga perjalanan hidup yang semakin jauh. Lemah dan longlai tidak dapat disembunyikan lagi. Otak yang dulunya mampu mengarang pelbagai cerita, kini semakin sukar berfungsi.
Saya cukup bersyukur, saya masih mampu melaksanakan semua tugasan tanpa mencuri masa aktiviti-aktiviti lain yang perlu saya selesaikan.
Saya bukan seorang yang cukup sempurna untuk mengurus masa. Duapuluhempatjam yang Allah berikan itu masih mampu diurus dengan sebaiknya. Takut juga terambil masa aktiviti-aktiviti lain lantaran mahu menulis sebaris dua ayat.
Apa yang paling saya khuathir ialah terambil hak bermunajat kepada Allah. Takut sangat, masa saya menulis ini adalah sebenarnya masa yang sepatutnya saya peruntukan untuk mengadap Pencipta.
Cuba perhatikan sekeliling kita, pernahkah kita lihat manusia yang bekerja siang, malam, pagi dan petang tanpa menghiraukan solat? Adakah kita juga tergolong dalam golongan itu? Nauzubillah…
Orang yang menggunakan masa solatnya untuk perkara lain Allah akan tuntut masa tersebut. Mungkin dalam bentuk yang kita tidak sedar. Kereta rosak, rumah runtuh, anak sakit, diri sendiri terkehel dan bermacam lagi. Bila Allah tuntut haknya, AWAS.. kita pasti akan terasa peritnya.
anif says
Err.. Insaf bila baca entry ini..
KHAIRUL AMRAN says
Moga memberi manafaat bro.
nazray says
Amin, ia akan memberi manfaat.
nazray says
Sedikit sebanyak menyedarkan saya, terima kasih, saya selalu mecuri masa kerja. Maaf.
Leeza Dayasari says
penulisan yang bagus. baca entri ni secara tidak langsung, berdetik hati saya.
Izzat Aziz says
Masalah sama, tetapi perkara yang biasa aku buat, buka sahaja dashboard dan tempat menambah post baru, kemudian tulis apa sahaja terlintas di fikiran. Lihat apa yang boleh diambil, buang yang lain, karang menjadi satu artikel yang penuh.
Jika dahulu mampu buat 4-5 post hujung minggu, dan weekday sekadar simpan untuk mencari idea, sekarang bila ada idea baru mampu untuk menulis. Kerana sudah tua atau sibuk atau memang sudah tiada perkara menarik untuk ditulis.
hairulafiz says
samalah kita cikgu, kalau ada masa bolehlah update, kalau tak terbiar jek…
titan says
masa ni..bukannya leh patah balik.
Cikgu Hairul says
kalaulah boleh patah balik… emmm.. sanggupkah kita menjalani kehidupan yang lepas lagi? kalau saya, tak sanggup rasanya.