Memanglah bagus mendidik anak yang belum akil baligh mendirikan solat sunat terawih. Tapi bukan hanya dibiarkan saja anak tu bermain dengan kawan-kawannya. Ada setengah pandangan kata tak mengapa. Mereka kan masih budak. Biarlah mereka bermain-main, sekurang-kurangnya dia akan biasa dengan suasana solat berjemaah. Pada aku itu cara yang kurang berkesan mendidik anak.
Aku juga pernah menjadi kanak-kanak. Malahan duduk di kampung dengan kawan-kawan yang amatlah ramai mustahil hati tak tergerak untuk bergelak ketawa dikala mak abah solat terawih. Tapi tak de la sampai berlari-lari dan ketawa terbahak-bahak dalam masjid. Macam cerita upin dan ipin. Aku dapat rasakan Kak Rosnya berjaya menghidupkan cara didikan yang betul. Dengan tidak melepaskan anak bermain dengan kawan-kawan masa orang tengah sembahyang rasanya satu tindakan bijak.
Masa zaman kecilku dulu, mak bapak tak sewenangnya membiarkan anak bermain dengan kawan-kawan di belakang. Itu akan menganggu jemaah lain. Mak bapak akan memantau dalam solat. Hebat mereka. Lepas je solat terawih ada je yang kena piap. Macam mana entah mereka tau yang anak-anaknya buat bising kami pun tak tau. Tapi zaman tu adalah zaman anak orang anak aku, dan anak aku adalah anak orang. Mak abah bebas menegur setiap kesilapan anak. Terasa jauh zaman itu.
Kehadiran kanak-kanak di masjid sedikit sebanyak mengganggu kekhusyukkan jemaah untuk solat terawih. Ini berlaku kerana sifat mak bapak macam dulu-dulu tak ada lagi. Budaya tegur menegur itu hilang begitu saja. Dapat pulak jenis mak bapak yang cuma tau bawak anak ke masjid tapi tak reti nak didik anak supaya menghormati masjid. Masyarakat pulak dah tak ada sense untuk menegur. Akhirnya kita akan terus macam ni sampai bila-bila.
Esok kalau bawak anak ke masjid solat terawih, jangan lupa pesan pada anak jangan bising ye. Nak lagi afdhal bawak anak duduk sebelah kita masa solat. Tak de la mereka berpeluang main kejar-kejar. Kesian imam yang selalu je terlupa dan terkejut gara-gara tak dapat beri tumpuan sebab anak-anak kita bising. Jom la kita ubah budaya tu.
tak berani nak tegur anak orang lain. nanti mak bapak yang terasa lak. itulah masalah anak orang zaman sekarang
entah macam mana la kita nak ubah kan?
Patutnya ibu bapa ada rasa prihatin bila bawa anak2 ke masjid. jgn bagi anak2 bising tak tentu pasal. kalu anak jenis tak makan saman, elok la xyah bawa anak ke masjid.
Mungkin niatnya baik nak beri pendedahan kepada anak-anak tu solat jemaah. Tapi kawalan juga penting kan..
aku lempang aje kalau ada anak orang buat bising kat belakang. Kalau setakat bercakap tu boleh terima lagi. Ini dia pergi terajang kawan dia yang tengah nak bersolat. Memang bagi sedas aje. Budak tu aku kenal bapak dia. Kawan aku juga. Bila aku bagitau bapak dia..bapak dia siap kata lagi..lenkali ko bagi lagi 10 das kalau dia wat camtu lagi.
haha..response baik dari bapak budak.. Secara jujur, bukan aku suka nak lempang anak orang. Tapi itu ajela yang aku rasa boleh bagi budak diam seminggu lepas tu..
Budak sekarang lain sangat. Aktifnya semacam. Kekadang, geram dibuatnya..
Tak de pelempang, penerajang pun berguna.