Kerana kebencian yang meluap-luap, mesage ini cuba disampaikan melalui blog orang lain. Siap menggunakan basmalah sebagai pembuka kata. Disusuli dengan cercaan pulak terhadap pihak yang dia tak puas hati.
Islam tidak mengajar umatnya macam ni. Adakah ini agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan islam? Atau adakah ini perbuatan orang islam yang tak cukup ilmu.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Adakah dengan cara menggodam laman web orang lain dan meletakkan mesage seperti ini bukan sesuatu perbuatan yang salah? Sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu kesannya kepada orang lain.
Jangan nanti disebabkan kita, orang memandang sinis dengan agama kita. Jangan disebabkan perbuatan kita, orang luar memandang kita sama jahat dengan mereka.
titan says
tampar aje kalau dapat nih..
Cikgu Hairul says
Hahaha.. Komfirm tak dapat.
Denaihati says
mamat tu salah channel, menyusahkan dan memburukan nama islam je.