Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Maybank Email Pishing Lagi

Maybank Email Pishing Lagi

17 June 2011 by Cikgu Hairul

Email Pishing Maybank

Gigih sungguh penjenayah cyber ni nak curi duit aku. Sehari hampir 10 kali aku dapat email yang macam ni. Tajuk pulak memang tak boleh blah. Kali ni tajuk yang digunakan adalah Account Locked. Tajuk email yang biasa penjenayah ni guna Account Update, Recover Your Password dan macam-macam lagi. Semuanya aku tongsampahkan.

Aku cukup heran, macam mana email ni boleh masuk inbok. Padahal setiap kali aku dapat email macam ni aku tandakan dia dengan spam. Gmail ni pun satu hal. Bukan tak pernah aku report alamat email yang diorang guna ni sebagai spammer. Takkan tak boleh blok je.

Pishing email ni sangat popular. Dia akan hantar satu email kepada mangsa. Tak kesah la apa tajuknya sekalipun. Kadang-kadang tajuknya sangat menggerunkan. Sampai kita rasa macam nak klik sangat-sangat link tu. Awas! jangan suka-suka klik link kat email macam tu. Cuba cek semula apa alamat sebenar link yang diberi. Kalau selain dari http://www.maybank2u.com.my tak payah nak klik. Dalam kes aku ni, link tu menuju ke satu alamat palsu. Perhatikan betul-betul alamatnya kat link yang aku bulatkan tu. Itu bukan alamat maybank kan? Haa jangan memandai nak klik.

Azman Ishak dalam blognya ada cerita secara jelas macam mana id dan password kita boleh di cekup dengan mudah apabila kita isikan id dan password ke dalam laman pishing ni.

Penjenayah dah semakin pandai. Kita mesti lebih pandai dari penjenayah. Teliti dulu segala email dan link yang kita nak klik. Kalau dah pasti baru la boleh klik. Jangan biarkan diri anda tertipu. Banyak kes orang tertipu sekarang ni. Cepat sangat percaya dengan email-email macam ni. Padahal kat laman web maybank tu sendiri dah banyak kali bagitau jangan login melalui email link. Masih tak paham-paham jugak.

Sebenarnya kita bukan tak paham. Tapi tak alert dengan perkembangan dunia semasa. Orang lain guna internet banking, kita pun nak guna internet banking. Ilmu internet banking tak nak cari. Bila kena tipu, mula menyalahkan pihak bank,  sistem tak selamat. Mula buat dakyah perbankan internet tak selamat. Sendiri salah, orang lain yang kena.

 

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    19 June 2011 at 07:47

    hohoo..ada gak maybank 1 malaysia? rajin betul diorang buat email phishing nih..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2011 at 20:17

      Usaha tangga kejayaan. Diorang pegang kata-kata tu.

      Reply
  2. Zil-el-Saif @ The Encik Saif says

    19 June 2011 at 16:59

    sama la kita. saya pun selalu dapat. tapi tak pernah klik. nak ke m2u taip jer. tak klik mana2, tak bookmark apa2, tak redirect… (“,)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 June 2011 at 20:16

      Tindakan bijak tu. Kalau klik takut2 dia letak virus ke. Nyaya gak tu.

      Reply
  3. Kongsi Cerita says

    20 June 2011 at 01:18

    jgn sesekali login maybank2u melalui link yg dihantar menerusi email.

    kempen jom tukar link

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 July 2011 at 23:54

      betul tu..

      Reply
  4. izwan says

    3 July 2011 at 20:53

    orang ramai ni tak belajar daripada pengalaman orang lain yg dah kena tipu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 July 2011 at 23:46

      malas membaca gamaknya..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in