Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Melaka Lagi

Melaka Lagi

22 January 2014 by admin

Hujung minggu ni ke Melaka lagi… Nampaknya cuti hujung minggu yang agak panjang ni tak menjadikan tempat-tempat percutian popular meriah. Dua tempat saya lawat, semuanya lengang. Maklumlah mak bapak baru berhabis duit persekolahan anak-anak. Belum dapat gaji pulak tu.

Percutian kali ni cuma percutian singkat je. Pegi pagi balik petang. Awal-awal pagi lepas sarapan saya bertolak ke Melaka. Sebelum ni pernah juga ke Melaka, tapi percutian terlebih bajet tu masih banyak lagi tempat yang tak sempat pegi. Kali ni terus menuju Istana Kesultanan Melaka dan naik Menara Taming Sari.

Sampai-sampai je terus dapat parking. Biasanya nak cari parking kat Bandaraya Bersejarah ni sangatlah susah. Kali ni senang sangat.

Replika Istana Kesultanan Melaka
Replika Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka terletak di lereng Bukit St. Paul, dekat dengan Kota A’Famosa. Ia cumalah sebuah replika, tetapi replika yang sangat unik. Walaupun Istana ini bukan istana asal, tapi dipercayai rekabentuknya dan lokasinya adalah disitu mengikut catatan sejarah Tun Sri Lanang.

Apa yang menarik?

Melaka memang terkenal dengan kerajaan kesultanan Melayu yang sangat gah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di sinilah dipertontonkan cerita-cerita semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Kesan-kesan peninggalan empayar Melaka juga ada disni. Paling saya nak tahu ialah Kanun Melaka yang dikatakan mirip undang-undang Islam. Dan disebabkan itulah kuasa-kuasa besar pada masa itu mahu menjatuhkan Melaka yang mengamalkan Kanun Melaka. Undang-undang ni memang patut dikaji semula dan dicantikkan lagi pada masa ini. Tapi itulah, mungkin kanun Melaka dah berkubur bersama kesultanan Melayu Melaka. Tiada siapa pun yang ambik peduli lagi.

Sultan Melaka

Sepanjang sejarah, Melaka telah diperintah oleh 8 orang sultan. Tak termasuk sultan yang dah kena tangkap masuk penjara tu ye.. hehehe

Melaka 19 Jan 14

Semasa di Balairong- kedudukan pembesar-pembesar Melaka. Duduk bersila dengan sopan.

Lebih kurang sejam, habis la mengumpul maklumat. Lepas tu saya pegi ke Menara Taming Sari. Waktu ni memang betul-betul lenggang. Kat sini bukan ada apa yang menarik pun. Cuma sekadar menikmati pemandangan dari tempat tinggi.

Melaka 19 Jan 14

Pemandangan dari atas Menara Taming Sari. Cuma ini je la aktiviti paling best setakat ni. Nak bergambar dari atas ni gayat. Duduk je la menikmati pemandangan. Rasanya kalau malam lagi cantik kot.

Dua tempat ni sebenarnya adalah tempat wajib lawat kalau ke Melaka. Itu pun kalau berkesempatan masuk la. Sebabnya masa cuti sekolah, tempat ni la paling sesak sekali. Beratur menunggu nak masuk. Jadi ambik la peluang hujung minggu untuk berkunjung ke Melaka.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    22 January 2014 at 13:10

    Kanun Melaka dibuat mengikut garis panduan undang-undang Islam. Ada khabar mengatakan salinan Kanun Melaka ada disimpan di Terengganu. Suatu masa dulu di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Telanai Terengganu sendiri datang ke Melaka mempelajari Kanun Melaka dan membawanya pulang ke Terengganu. Dari pelajaran sejarah versi guru-guru yang saya hormati, Tun Sri Lanang cumalah barua Inggeris untuk menulis semula sejarah versi tipu untuk melemahkan bangsa Melayu. Barua Sri Lanang menyatakan Melaka sebesar negeri Melaka hari ini saja walhal Melaka itu luasnya sampai ke Langkawi, sampai ke Riau. Terengganu, Johor dan Pahang ialah tanah naungan Melaka yang mutlak.

    Reply
    • Amran says

      22 January 2014 at 15:36

      kalau dapat digunapakai hari ni pun cantik gak. tapi kat muzium pun takde tunjuk.. cuma gambar je.

      Reply
      • Amar says

        27 January 2014 at 19:06

        Kalau Kanun Melaka ada di muzium, tentu saja ejen-ejen dajjal dah musnahkannya. Tentunya ada tersimpan di tempat lain. Yang terpelihara.

        Reply
  2. titan says

    23 January 2014 at 10:37

    pehh..memang rajin berjalan hang nih..

    Reply
    • Amran says

      23 January 2014 at 22:35

      Takde la rajin sangat. Cuma nak penuhkan masa cuti je bro.. Kalau asik fikir pasal kerja boleh stress hidup.

      Reply
  3. Mohd Hilmi says

    25 January 2014 at 13:06

    best tempat ni.. den da lawat.
    tempat-tempat macam ni la cikgu kena selalu bawak budak sekolah pergi rombongan. tambah ilmu pengetahuan

    Reply
  4. Faizal Fredley says

    28 January 2014 at 01:21

    teringin nak gi a famosa resort kat melaka tuh…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in