Terkesima dengan perumpamaan baru itu? Saya sebenarnya masih termanggu-manggu, mana datangnya peribahasa “Melayu macam keropok lekor” yang baru saya dengar hari ini. Maklumlah, peribahasa yang berada di luar dari silibus Bahasa Melayu darjah enam susah sikit nak diingat. Mungkin dalam kamus peribahasa Melayu pun belum wujud. Seingat saya, masa belajar dulu, tak ada lagi cikgu menggunakan perumpamaan semacam ini.
Lantas telinga dipasang baik-baik. Mata ditumpu betul-betul bertentang mata. Bait demi bait kata dihadam dan dicerna lalu terhasillah tulisan ini. Bukan untuk menghina, tapi untuk mengingati. Berbahagialah bagi orang yang mahu berfikir..
Apa pulak kaitan kita dengan keropok lekor? Pada mulanya saya tak terfikir pun ia berkait. Sangat rapat pulak tu. Bila dah dibuka minda barulah tersedar. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesedaran ini. Harap-harap kalian juga berlapang dada menerima perumpamaan baru ini ye.
Keropok lekor sifatnya lembik. Macam la kita.. lembik setiap masa. Bila dia jadi keras? Celup dalam minyak panas, barulah keras. Masa tu kalau dimakan sangat la enak. Tapi kan, cuba angkat keropok lekor tu letak dalam dulang. Tak sampai sejam dah kecut. Lembik semula.
Kan sama situasi dengan kita sekarang ni? Kalau ada isu, barulah meluap-luap dan berdegar-degar bagai esok tiada. Berdemonstrasi bagai tiada cara lain nak tonjolkan suara. Masa minyak naik, sehari dua je bisingnya. Sekejap je naik minyaknya. Lepas tu terima dengan hati yang tenang dan senyap. Isu Palestin, bila tengah panas kita boikot segala benda. Tapi bila isu tu dah reda, belasah semula.
Hangat-hangat tahi ayam. Perumpamaan yang saya rasa ianya sama macam perumpamaan baru ni.
Begitulah cerita keropok lekor. Dilenyek-lenyek, digentel-gentel, dicelup minyak lalu dimasuk dalam mulut. Akhirnya masuk ke dalam lubang tu jua. Adakah kita nak terus menerus jadi macam tu? Berubahlah..
mohdridzwan says
Setuju dgn pendapat yang diberikan tuh.
Kebanyakkan nya memang macam tuh. Mungkin mentaliti orang kita masih ketinggalan. Bagaimana nak harungi esok hari atau masa depan kalau masih di takuk lama.
>> http://mohd-ridzwan.com/<<
Cikgu Hairul says
terlalu banyak kerja nak dilakukan untuk menjadikan kita bermentaliti kelas pertama.
Irwan Alessa says
hmmm.. betul juga.. Baru 1st time dengar perumpamaan ini.. Orang kita banyak yang macam ni, bukan nak tuding jari tapi inilah hakikatnya.. Benar kata Tun M.. Melayu mudah lupa..
Cikgu Hairul says
sama la kita. first time, dan kena ingat sampai mati.
suri says
ada hak kita boleh bersuara..bila bersuara kita akan bising tapi bila kes surut diam.cuba kita ada jawatan besar kukuh mesti kes kecil dpt diselesaikan..
Cikgu Hairul says
belum tentu juga orang berjawatan dpt selesaikan. kadang2, ia di luar dari bidang manusia.
blogger lelaki says
adeh..ada juga perumpamaan macam tu yer..hu3
Cikgu Hairul says
Sure la ada. Manusia semakin lama semakin banyak yang dilihat dalam hidupnya. Jadi, takkan nak gunakan peribahasa lama.
Hazmin Hamudin says
Macam mana boleh terfikir nak umpamakan dengan keropok lekor ye. hehe.
Cikgu Hairul says
Mungkin dia suka makan kopok lekor kot. Melalui pemerhatian juga manusia mampu mengaitkan alam sekeliling dengan kehidupan.
titan says
keropok lekor memang sedap dimakan begitu sahaja. hoho..
takde contoh lain ka depa nak bagi.
Cikgu Hairul says
Ok la tu. Bukan senang nak cari perumpamaan moden.
Shubhi says
Bagus sangat perumpamaannya. Cukup terkena batang hidung yang kepek ini…moga Allah bantu saya dan saudara lain agar tak jadi macam keropk lekor tu…terima kasih.
Cikgu Hairul says
Insyallah.. Kita yang ada kesedaran ni kena juga bawak kawan-kawan lain jangan jadi macam tu. Semoga semuanya dipermudahkan.
papa mifz says
hujung tahun nih den pergi Terengganu , nak borong kopok lekor banyak2…hehe
Cikgu Hairul says
Kirim sebakul dua boleh? hehehe
Amar says
Nasib baik kawan bukan melayu. Hehehe
Cikgu Hairul says
Abistu?
Amar says
Kawan ni… Melayu bukan, cina bukan, india bukan, orang bukan, hantu pun bukan.
“Aku adalah aku, aku bukan aku.”
sweetkurma says
aduiiii apa pun perumpamaan ini, keropok lekor memang sedap dan suka suka suka
Cikgu Hairul says
makan petang-petang sambil layan cita hindustan kan kak? hehehe.. disuguh karo wedang kopi.. perhhh.. jempol.
TehR says
nampak sesuai
kena dengan ragam kebanyakan orang melayu
Cikgu Hairul says
Kalau cadangkan kat DBP agak-agak boleh masuk tak dalam kamus peribahasa melayu?
Bahrain says
perumpamaan baru jumpa nie.. terkena kat aku..memang macam tu lah ragam manusia lagi2x melayu kot.
Mus says
bagus bro.. menyedarkan sesiapa yang membacanya
Khidhir says
adehhh.. kropok lekor ye.. tp ada point kat situ
sabree hussin says
hmm bukan semua orang ada sifat macam ni ke? ke cuma orang Melayu je ye