Labur dan Lebur dibezakan oleh satu huruf je. Bunyinya pun seakan-akan sama. Namun, kesan akhirnya sangat berbeza.Semakin canggih teknologi, semakin tenat ekonomi maka manusia semakin gigih memanipulasi kedua-dua perkataan ini.
Si pelabur gigih akan kaya, manakala si pelebur akan papa. Beza keduanya, seorang sanggup berpayah, yang sorang nak cepat kaya.

Kengkadang program tak masuk akal mudah je orang nak ikut berbanding program yang masuk akal. Ada yang sanggup keluarkan duit simpanan di tabung haji semata-mata nak melebur duit.
Yang sakit hati sangat tu, orang nasihatkan dia tak terima. Malahan dikatanya kita pulak. Sampai sanggup bermusuh kalau kita nasihat jangan melabur tempat-tempat macam tu. Tak dipedulikan nya kita ni.

Cuba tengok kalau duit yang dilabur lebur. Habis semua orang disalahkan. Kerajaan salah, kawan salah, penganjur tipu dan macam-macam lagi tohmahan dilempar. Masa suka memanglah wangi. Bila dah kena tipu, semua jadi tahi.
Kenapa kita tak pernah mahu berfikir? Hari-hari kat berita ada je berita orang kena tipu. Pelaburan yang menjanjikan untung tak masuk akal pun kita boleh terima. Dengar bunyi pun akal yang waras akan kata itu satu penipuan. Tapi kita sanggup juga keluarkan duit melebur.
Nak kaya cepat macam tu lah jadinya. Biasanya yang terlibat ialah perempuan dan kalau tgk contoh entri nih lelaki yg dah berumur.
Minta di jauhkan.
yang lebih pelik, program sebegitu ramai yg dah terkena tp masih ada lagi yang terjebak
Kita risau apa yg cuba kita sampaikan mengenai penipuan2 macam tu takde sapa hirau. Media patut main peranan. Kesedaran masyarakat masih ditahap yang sangat rendah. Mungkin sebab tu masih ada yang tertipu.
dah diingatkan dan dinasihatkan..
tapi masih ramai lagi yang leka.
Bab duit ni memang orang cepat gelap mata dan pendek akal. Itu yang jadi lebur tu.. p/s: mujur tak ada banyak duit untuk dileburkan
Orang malaysia ni baik hati kan..kes nak tolong, tapi terjebak dengan kes penipuan..memang kesian..kesedaran harus ditingkatkan dikalangan rakyat malaysia..