Malaysia mempunyai curahan air hujan yang banyak setiap tahun. Corak tiupan angin mempengaruhi taburan hujan di Malaysia mengikut kawasan. Bagi negeri-negeri yang selalu menerima hujan yang banyak seperti Terengganu dan Kelantan sember air hujannya boleh digunakan untuk bekalan air awam. Bagi kawasan-kawasan yang kurang mendapat hujan boleh dikatakan kurang mendapat hujan di sini bermaksud hujan seminggu sekali. Jarang tempat-tempat di Malaysia tidak menerima hujan selama seminggu berterusan.
Oleh kerana sumber dari air hujan yang banyak, pengurusan air hujan boleh difikirkan untuk tujuan bekalan air awam. Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor Bahru membangun dengan pesat. Kadangkala bila hujan turun dengan lebat tempat-tempat ini akan menerima banjir kilat. Ini kerana longkang yang ada tidak dapat menampung kehadiran air yang banyak. Fenomena ini memberikan satu idea baru yang lebih inovatif dalam pengumpulan air hujan untuk kegunaan awam.
Bangunan-bangunan, kawasan perumahan, padang golf, taman permainan dan jalan raya adalah tempat tadahan hujan yang baik. Cuma perkara yang perlu difikirkan di sini adalah pengurusan air hujan itu kemana hendak dihalakan dan disimpan serta dirawat. Beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam penggunaan air hujan sebagai sumber bekalan air awam.
1. Air hujan yang dikumpulkan bukanlah bertujuan untuk kegunaan minuman. Ianya hanya bertujuan untuk kegunaan domestik sesuatu bangunan dan kawasan. Contohnya air hujan yang dikumpulkan di satu bangunan dibersihkan dan dirawat untuk kegunaan bilik air, membersihkan bangunan dan sebagai simpanan pada tangki kebombaan. Satu cara lagi adalah memberikan tumpuan kepada bumbung-bumbung bangunan tinggi dan besar. Bumbung ini sangat efektif bagi mengumpulkan air hujan. Ianya boleh disimpan di dalam tangki khas bawah tanah dan dirawat untuk kegunaan bangunan tersebut.
2. Kawasan perumahan juga adalah satu tempat pengumpulan hujan yang baik. Jalan-jalan raya akan menakung air dan mengalirkannya ke longkang. Longkang ini mestilah cukup terjaga untuk mengumpulkan air dan mengalirkannya ke kawasan padang permainan. Di bawah padang permainan itu disimpannya air dengan membina sebuah tangki air yang besar. Air yang terkumpul mestilah melalui proses rawatan ringkas yang tidak memerlukan kos tinggi. Air itu kemudiannya akan disalurkan semula kepada pengguna sebagai air untuk membasuh dan bukan bertujuan untuk diminum.
3. Padang bola, taman permainan, padang golf dan stadium juga tempat tadahan air hujan yang baik. Apabila hujan turun air yang dapat dikumpulkan akan disimpan dan dirawat untuk pembersihan kawasan tersebut. Air ini juga boleh digunakan untuk menyiram pokok dan kegunaan bilik air dan tandas.
4. Air hujan yang dikumpulkan boleh digunakan untuk pengairan sistem fertagasi. Kita tidak perlu lagi untuk menggunakan bekalan air bersih kegunaan minimum untuk pengairan tanaman. Ini akan dapat menjimatkan kos pengeluaran tanaman.
Masih banyak lagi perkara yang perlu diperincikan bagi menjayakan impian menjadikan air hujan sebagai sumber bekalan air awam. Kita melihat negara maju seperti Jepun dan Korea. Mereka telah berjaya dalam memanafaatkan air hujan sebagai sumber alternatif kepada sumber air bersih sedia ada. Jepun sebagai contoh telah merekabentuk bumbung-bumbung bangunan kerajaan yang boleh mengumpulkan air sehingga 8400 meter padu air. Teknologi baru mesti kita cari dan aplikasikan di persekitaran kita. Malaysia khususnya Kuala Lumpur semakin pesat membangun. Kekurangan air dan krisis air mungkin akan berlaku. Jika tidak ada inisietif untuk melakukan perubahan mungkin sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Disediakan Oleh :
Amar says
Disinalah dapat dilihat perbezaan besar antara orang “Sains” dan orang “Sastera”. Pemikir sastera selalu memberikan ide bernas untuk masyarakat. Sedangkan pemikir Sains lebih bersikap “tunggu dulu”. Dari ide, rekabentuk, kejuruteraan, pembuatan (perlaksanaan), pengujian, selenggara, serta kos yang diperlukan turut diambil kira. Kos merangkumi banyak bahagian termasuklah “markup” tak munasabah dll. Inilah menyebabkan banyak ide disimpan saja. Selalu juga ide bernas seperti ini dirogol begitu saja.