Sering kali kita menulis mengikut emosi. Marah, mencarut, mencemuh, memburuk-burukkan orang dan lebih parah menabur fitnah. Siapa kita untuk mengutuk orang? Siapa kita untuk menuduh itu dan ini? Kita bukan sapa-sapa.
Sering kali juga kita menceritakan keburukan orang. Mengaibkan orang melalui penulisan. Adakah kita rasa selesa bila orang mengata kita melalui penulisan juga? Kalau kita rasa tak selesa, begitu juga orang lain.
Mengkritik tak sama dengan mencemuh. Kritik bagi tujuan kebaikan. Cemuhan dan kondem itu bagi tujuan menjatuhkan. Tidakkah kita rasa bersalah menjatuhkan sesama blogger, sesama rakan, sesama kerajaan dan sesama insan?
Kita lebih selesa mengata itu tak betul, ini tak betul. Kononnya untuk mengkritik si pelaku. Sebelum melakukan kritikan wajar kita melihat dalam diri sendiri. Apakah kita telah sempurna. Kita tak pernah memberikan cadangan atas apa yang kita kritik. Hanya pandai menyalahkan orang saja.
Kenapa dalam penulisan kita susah melihat kebaikan orang lain? Cerita kebaikan itu kan lebih cantik. Memuji orang itu kan cantik. Menulis kebaikan orang itu kan cantik. Tapi kita cenderung menulis tentang keburukan orang itu. Itu dia tak buat, ini dia tak buat. Kita buat ke?
Implikasi penceritaan kita besar. Orang melihat kita melalui penulisan dan perkataan yang keluar dari hati kita. Jangan berikan peluang kepada orang untuk memfitnah kita. Implikasi kepada penceritaan kita kepada si mangsa juga besar. Bila baik yang diceritakan, maka baiklah yang mereka dapat. Jika fitnah yang kita lempar, alamatnya meranalah dia sepanjang hayatnya.
Bila disebut ‘Kita’ itu bermakna termasuk aku. Aku menulis juga ada kalanya menyakiti hati orang. Mohon ampun dan maaf sekiranya tersinggung. Kini aku berazam untuk menulis kebaikan lebih dari keburukan.
p/s: Ini adalah bebelan di hujung minggu.
Leave a Reply