Maaf entry ini bukan dari seorang pakar pemakanan. Apa yang tertulis bukan untuk panduan. Cuma sekadar satu perkongsian pengalaman. Mungkin selama ni sesiapa pun tak terfikir nak buat kerja gila macam ni.
Memang kerja gila. Dari KL ke Temerloh semata-mata makan tengahari. Macam kat KL dah tak ada kedai makan je kan. Tapi takpe la. Kesesakkan di KL sebenarnya membuatkan manusia yang duduk di dalamnya tertekan. Time hujung minggu je, kalau boleh nak keluar dari kekalutan tersebut. Nah inilah jadinya.
Kenapa ke Temerloh? Yup.. ini satu-satunya tempat yang terfikir masa tu. Tujuannya nak mencari makanan yang agak special mengikut standard tekak saya. Ikan patin masak tempoyak terus terlintas kat kepala. Automatik, pankreas merembeskan enzim sampai ke anak tekak. Tak boleh tunggu lagi, capai kunci kereta dan terus ke Temerloh.
Sapa yang tak tau lagi, setiap negeri di Malaysia ni ada makanan popularnya. Begitu juga dengan Pahang terutamanya, Bandar Temerloh memang terkenal dengan masakan ikan patin. Jalan la ke merata tempat, pasti akan nampak gerai-gerai dan restoran yang menyediakan makanan ini. Saya pernah dengar ada satu kedai bawah flyover simpang ke Bera. Entah tak tau nak bagi direction ke sana macam mana. Senang cita cari la kedai Patin Tempoyak Go Bang Maju kat google. Nanti dibawak la ke sana.
Apa yang specialnya Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini? Kalau ikut tekak saya, ia memang sedap. Kuahnya pekat dan yang penting harga berpatutan. Saya makan dua orang cuma RM23. Buangkan persepsi dan fitnah kata harga ikan patin sampai beribu-ribu dari pemikiran kalian. Pegi je mana-mana gerai yang jual ikan patin masak tempoyak ni dan order.
Kalau tengok pinggan tu ramai tak yang teruja? Comform sedap weh. Itulah cerita hujung minggu saya. Tak berapa mencabar pun.
AUC says
tabik bro…memang kerja gila bro… semata2 kerana patin…
KHAIRUL AMRAN says
Bukan patin semata. Lari dari kesesakkan kota tu yg sebetulnya.
Hazmin Hamudin says
Pernah terfikir nak buat macam ni jugak sebenarnya. Hehe. Dengan misi yang sama juga. Takda la gila sangat rasanya. Haha.
KHAIRUL AMRAN says
Ramai lagi yg buat gila. Sarapan kat penang, makan tengahari kat kedah, minum petang kat perak. Penah dengar?
reezluv says
ada-ada..kazen gua ada buat..gile..ahahaa
Oja Samid says
kalau dah teringin, jauh2 pun sanggup pergi. hehe.
KHAIRUL AMRAN says
Tengok gak berbaloi atau tak. Kalau la sangat perjalanan, sampai umah lapa semula. Rasa tak berbaloi la plak.
titan says
kalau balik jerantut..memang aku cari kedai depan masjid baru tu. hoho..
KHAIRUL AMRAN says
Nengok… Satu pahang ada org jual makanan feveret ni.
titan says
rumah pakcik aku kat sana.
kalau nak gi termerloh..satu jam lagi kena rempit. haha..
Elias says
Memang best go bang maju. Lepas ni nak try ikan krai plak. Katanya lagi best drp patin
KHAIRUL AMRAN says
Owh ye ke? Ikan krai ni kat gerai tu gak ke?
Raihanah Ahmad says
sedapnya patin tu. dah terliur ni. huhuh
reezluv says
erm..teringin gak nak ke sana gak..ahaha..tapi gua juga pernah buat gile..minum teh..naik cameron tengah malam…fuhh, pastu turun balik..
haslizam says
Satu lagi kedai power pekat pedas panas claypot patin berhampiran Pasaraya TF Temerloh..