Bismillahhirrahmanirrahim.
Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Ketenangan hati itu ada dimana?
1. Mungkinkah ada pada harta yang banyak? Dengan harta yang banyak tiada masalah untuk dapat apapun. Bila tak ada masalah, dapatlah ketenangan. Macam tu ker?
2. Mungkin ada pada isteri yang cantik. Sejuk mata memandang. Betul ker?
3. Mungkin ada dalam solat. Sempurnakan 13 rukun sampai salam. Kemudian rasalah lega dapat sempurnakan kewajipan walaupun tak kusyu’. Setidak-tidaknya tanggung jawab kepada Allah dah selesai rasa lah juga lebih confident nak berdepan dengan mati nanti. Macam tu ker?
Adakah semua orang yang banyak harta itu tenang? Adakah orang yang beristeri cantik itu tenang? Adakah orang yang bersolat itu masing-masing tenang? Bukanlah saya nak pukul rata semua dari yang jahil hingga yang warak… Bukan begitu… Tapi untuk kita renung tentang orang yang lengkap solat 5 waktu, ulang-alik pergi masjid tapi masih tak dapat ketenangan. Cuba kita letak diri kita sebagai orang yang menjaga solat dan rajin ke masjid.
1. Solat ialah urusan kita dengan Allah. Bagaimana pula urusan kita dengan manusia? Sejauh mana pula kita menjaga urusan dengan manusia..?
2. Dengan kita cukupi tanggung jawab solat, adakah itu buat kita rasa kita sedikit atau secebis atau secubit atau sepengapit lebih tinggi dari orang yang tidak menjaga solat? Adakah dengan kita memakai kopiah putih maka kita rasa solat kita lebih baik dari orang yang tidak berkopiah, berbaju t-shirt dan berseluar jeans itu?
3. Adakah kerana kita imam atau kita digelar ustaz, maka kita lebih tinggi darjat berbanding mereka yang melapuk lagho di kedai kopi waktu maghrib tu?
Siapa yang menentukan darjat kita, darjat orang itu dan darjat orang ini? Sia-sialah solat kita hanya kerana takbur dan besar diri sebesar biji sawi itu. Ini untuk kita fikirkan untuk cari ketenangan.
Letaklah setiap sesuatu itu pada tempatnya. Ia bukan tentang memperlekehkan orang walau dalam hati, tapi ia tentang memandang diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kehinaan. Bukan tentang usaha menjadikan diri lebih baik, tapi tentang mengasuh diri supaya jadi lebih rendah hati, lebih rendah hati dan lebih rendah hati. Lebih kenal diri.
Bila kita kenal diri, kita kenal betapa hinanya kita di depan Allah. Binasakan keakuan diri yang besar dan yang sekecil biji sawi itu. Kenal dimana duduk kita di depan Allah.
Apa yang kita cari?… Ketenangan? Bukan. Ketenangan itu sesuatu yang sementara. Carilah yang hakiki. Dan semua yang sementara (termasuk ketenangan) akan beserta.
Carilah hakiki. Carilah Al-Haq. Carilah tuhanmu.
ohcikgu says
betul.
Jangan tinggalkan solat dan benda-benda fardu yang lain. 🙂
Amar says
Solat ialah tarbiah.
kakiblog says
hati yang tenang jika dosa semakin kurang dalam diri..
Amar says
Kita tak tahu banyak mana dosa dan pahala yang kita ada. Jadi kita perlu istiqamah dalam beramal, moga-moga dapat jadi bekalan.
Jamian Sarif says
masih mencari dan belajar tentang ilmu akhirat..terasa diri macam banyak dosa…ke memang dah banyak dosa….jangan terasa banyak pahala nanti jauh dari rahmat allah…sama2 kita renungkan diri masing2…in shaa allah.
Amar says
Yang penting kita cari, dan cari, dan cari sampai ketemu jalan pulang. Itulah tujuan.
Razlan says
Terbaik…buat pesanan kepada diri saya ne
Amar says
Buat pesanan untuk diri saya juga. Punyalah terasa jauh, terlalu jauh.
liburan ke Bali Murah says
Berbanyak sholat , dzikir & baca yasin
insya alloh kita akan tenang & bahagia
Amran says
Terima kasih atas nasihatnya