Sana sini orang berkumpul. Berhimpun ramai-ramai bagi menyatakan sesuatu dah semacam satu budaya pulak. Sapalah yang bawak budaya tu ye? Takpelah, nak berhimpun ke, nak berarak ke, nak duduk diam-diam ke, buatlah. Undang-undang memang membenarkan.
Orang berhimpun mesti ada sebabnya. Biasanya suara ramai lebih diberi perhatian. Kalau sorang-sorang bersuara dah macam anjing menyalak bukit pulak. Antara sebab utama kenapa orang ramai perlu berhimpun untuk bersuara adalah kepincangan sistem parlimen. Suara rakyat yang mewakilkan seseorang untuk bercakap di parlimen acapkali dipinggirkan.
Sama juga macam aduan kepada PBT dan kerajaan mengenai sesuatu masalah. Kalau kita sorang je yang buat aduan, tak masuk TV pulak tu, rasanya cuma ditongsampahkan je la. Nampak dah tenat sangat sistem aduan yang kita ada. Yang boleh pakai pun aduan rakyat TV3. Lepas je siar, berderu rombongan YB datang bawak bantuan.
Semangat untuk berhimpun tu sangat baik kalau dapat diterapkan terus dalam jiwa. Apa kata kita berhimpun macam ni setiap kali masuk waktu solat di masjid. Setiap kali azan, berderu orang berhimpun ke masjid untuk solat berjemaah. Masa tu musuh-musuh islam dah tentu akan gerun. Gerun bila tengok kita bersatu hati.
Lagi seronok kalau ramai-ramai datang berkumpul untuk dengar tazkirah. Datang majlis ilmu dan kumpul ramai-ramai itu satu nikmat. Allah berikan keberkatan lagi. Indahnya suasana macam tu kan.. Kuranglah sikit orang jahil. Tak perlulah lagi tunjuk perasaan untuk tuntut itu ini. Sebabnya orang berilmu akan menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya.
Sebagai permulaan jom kita tanamkan azam dalam diri untuk berhimpun di masjid nanti. Kita solat jemaah sama-sama. Segalanya bermula dari kita. Gunalah mod berhimpun tu sebaik-baiknya.
anif says
Jom bersihkan hati semoga mampu ke masjid setiap kali waktu solat. Amin.
Cikgu Hairul says
Insyallah.. Azam tu yang penting.
ProfHariz says
Jangan lupa berhimpun pagi nanti di masjid/surau berdekatan 🙂
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah.. Selesai berhimpun.
Jebeng Otaiâ„¢ says
semngat berhimpun utk lakukan kebaikkan..bkn berhimpun lelaki dan perempuan bermalam di dataran meredeka ya..
LangkawiHomestay says
berhimpun ketika solat jemaah lebih baik..
benjy says
aduhhh !!! … pedasnya … bagi yang termakan chili lah 😀
Hafizul says
Setuju sangat dengan entri cikgu khairul ni..hehe
titan says
huhu..penuhkan masjid dulu. insya-Allah..dah tak perlu dah berhimpun sebab bersih ke kotor 1.0 ke..
muazfaris says
bersihkan hati dari jahiliah dulu ye.
Cikgu Hairul says
tu yang agak sukar. mungkin tak perasan kita masih dikuasai oleh sifat jahiliah.
Akulah.com says
rasanya lepas ni ada 4.0 pulak
sadiq says
betul2..semangat untuk bersolat jemaah..gotong royong berjemaah..biar semua buat ramai2..baru best=)