Sapa yang tak kenal dengan Gunung Jerai. Gunung tertinggi di Negeri Kedah itu memang sangat terkenal. Mungkin sebab ada lagu Cinta Pantai Merdeka yang dipopularkan oleh kumpulan Tropika. Gunung Jerai macam memanggil-manggil aku datang. Maka percutian kali ini aku tak lepaskan peluang untuk mengunjunginya.
Gunung Jerai boleh dieksess melalui lebuhraya utara selatan PLUS. Perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang lima jam. Dari Tol Jalan Duta terus menuju ke Gurun. Ambil exit Gurun untuk ke Gunung Jerai. Dari tol Gurun ke kaki Gunung Jerai lebih kurang 5 KM.
Perjalanan sedikit terganggu dengan pembinaan jalan. Masa nak melintas laluan keretapi, jalan yang sempit dan sesak sangat mencabar. Lebih-lebih lagi, bila ada keretapi nak lalu, terpaksa menunggu lagi.
Aku sampai kat Kaki Gunung Jerai dah Maghrib. Singgah di Masjid untuk solat. Kat kaki gunung tu ada masjid. Lepas solat terus ke pejabat The Regency Jerai Hill Resort untuk comformkan bilik. Nasib baik masih ada lagi dua bilik kosong. Tak fikir panjang, ambik je la. Harga bilik di sini dari RM240 tak termasuk caj perkhidmatan dan cukai kerajaan. Nak lagi murah boleh buat tempahan online. Special rate untuk kakitangan kerajaan.
Perjalanan dari kaki gunung ke puncak Jerai mengambil masa 30 minit. Hati-hati semasa mendaki. Jalan sangat mencabar. Waktu malam memang tak sesuai untuk naik. Tapi aku redah juga.
Sesampai di puncak, aku terus ke pejabat Resort untuk buat bayaran dan ambik kunci. Bukak je pintu kereta terasa sejuk sangat. Sejuknya mengalahkan Cameron Highlands. Nyesal pulak tak bawak baju sejuk. Teruja punya pasal, aku redahkan je suasana sejuk tu.
Malam tu aku menikmati keindahan puncak Gunung Jerai. Kabus tebal menyelubungi puncak Jerai. Sekali sekala dengar angin kuat berdesir. Dari atas gunung ni nampak lampu-lampu di bandar. Dekat pukul 12 tengah malam aku dah tak larat kesejukkan. Apa lagi, masa untuk tidur. Menunggu pagi….
Pagi ni bangun awal. Jam 530 dah terjaga. Lepas mandi dan solat siap-siap nak berjogging. Itu je aktiviti yang mampu aku buat. Sebenarnya banyak lagi aktiviti kat sini. Sesiapa yang minat berbasikal, pihak resort ada sediakan perkhidmatan sewa basikal. Sejam RM7. Selain itu aktiviti jungle tracking, boating, kayaking, main paint ball dan macam-macam lagi disediakan. Cuma itu tak termasuk dalam pakej penginapan. Kalau minat boleh terus tempah di receptionist. Mereka bersedia melayan anda 24jam.
Waktu pagi di atas puncak sangat cantik. Dapat tengok matahari naik. Mata seakan terpegun melihat sawah padi terbentang luas. Sangat memukau.
Dah puas menikmati keindahan alam, tiba masanya untuk check out. Rasa macam taknak balik pun ada. Dalam perjalanan balik sempat singgah beli jagung bakar. Lepas ni mungkin nak ke Pantai Merdeka pulak.
titan says
wahh..dah lama tak makan jagung bakar ni..
Cikgu Hairul says
Tak bakar pun sodap. Makan mentah-mentah. Tapi ni special sikit. Jangun bakar pedas. Dah lama tak makan, buat sendiri loo..
Achik Ezz says
Jagung bakar pedas…memang sedap..
Tungku Moden says
Mak ai..macam best je kalu dapat pegi ni…hehe
Cikgu Hairul says
Memang best cik TM. Kalau ada masa g la sana.
Ahmad Ijat says
Tak pernah sampai Gunug Jerai lagi, Kedah pun dah lama tak pegi..
p/s:Cikgu naik pakai kete ker?nape tak panjat je,hehe
Cikgu Hairul says
Naik keta la.. Nak panjat tak larat. Mungkin ekspidisi seterusnya bolehla panjat.