Umpama baru celik komputer bila pagi ni update blog guna Windows Live Wraiter. Baru jumpa function ni kat acer aspire one aku. Selama ni cuma gunakan email atau Nokia E5 untuk update blog. Mesti
ramai kat luar sana yang tak suka gunakan menda ni untuk update blog. Aku sekadar mencuba untuk entri ni jer. Kalau best akan digunakan la pasni.
Godek punya godek rupanya agak best juga. Boleh insert gamba, hyperlink, album, table, map, tag dan macam-macam lagi. Kelebihan utama adalah kita boleh tulis idea kita offline. Bila dah ada line internet terus je publish.
Ohh yer.. perkhidmatan ni ada pada pengguna Windows jer tau. OS lain tak habis cari lagi. Mungkin juga ada. Boleh cari di sini untuk download dan install kat PC korang. Kiranya WLR ni adalah blog client juga.
Macam Mana Nak Guna?
-
Bukak IE korang.
-
Cari ikon Blog This. Kalau korang baca sesuatu, pastu jumpa menda nak komen terus je tekan button tu. Maka keluarlah WLR ni.
-
Mula mula tu kena setup dulu blog korang. Masukkan maklumat yang perlu macam alamat blog, username dan password. Ikut je arahan seterusnya.
-
Dah siap tulis, boleh teruskan publish.
OK la.. aku nak mencuba jer. Dapatannya nanti aku kongsikan.
Leave a Reply