Assalamualaikum.. Sungguh lama blog ini tidak dikemaskini. Biasalah, mod blogger memang macam ni. Selalu berubah dan ada kalanya mati nafsu untuk menulis di dalam blog sendiri. Namun, masih ada medium lain untuk jari ini menulis sesuatu. Facebook dan twitter semakin hari semakin mengikis nafsu mengemaskini blog.
Sedar tak sedar tahun 2016 sudah kita lalui selama 18 hari. Nampak macam tiada yang berbeza dari tahun sebelum. Bagi aku, perubahan 2016 sangat dirasai.

Rupanya ada banyak hikmah tidak mendapat posting lepas grad dulu. Namun, masih ada sinar harapan di hujung jalan. Lepas berhempas pulas naik turun pejabat TPM, KPM dan berjumpa dengan pelbagai ragam ahli politik, akhirnya mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa dengan nasib insan biasa.
Kami redah sendiri. Membujur lalu melintang patah. Akhirnya ada syarikat swasta dalam industri pengangkutan berbesar hati menggajikan graduan yang lahir dari Fakulti Pendidikan bukan dari Fakulti Kejuruteraan. Maka nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan. Terimalah dengan hati yang terbuka.
Rakan-rakan lain yang tidak mendapat penempatan juga Alhamdulillah semuanya telah mendapat tempat mencari rezeki. Ada yang berada di sekolah swasta, ada yang buat taska, ada juga yang dah sambung master. Pendek kata, semua dah ada kerjaya.
Sakitnya menunggu penempatan terubat bila kita berusaha lebih sedikit dari biasa. Tak mengapalah tidak bermajikankan Kerajaan Malaysia, namun boleh juga kita sumbangkan tenaga untuk negara tercinta. Harapan 2016 yang penuh mencabar cuba digalas sebaik mungkin. Tak mudah, tapi bukannya susah.
Alhamdulillah, Allah merancang dengan cinta Nya. Sebaik-baik perancang untuk hamba Nya 🙂
semoga dipermudahkan urusan tuan
good luck tuan, alhamdulillah ada kerja yang baik
Semoga melangkah lebih jauh pada masa akan datang
semoga terus sukses bro dengan kerjaya baru ini. be positif..