Apa ye alat untuk mengukur nilai patriotik dalam diri? Ramai orang menilai patriotik dari sudut luaran. Adakah ia benar-bernar melambangkan sikap orang tersebut terhadap negaranya?
Patriotik kalau diukur dengan cara ramainya orang mengibar bendera, maka tak ramailah orang yang patriotik.
Tengok saja la kanan-kiri kita. Dah tanggal 31 Ogos pun masih belum ramai yang mengibar bendera. Sampai ada yang kena paksa kibar pun ada. Kereta-kereta pun tak banyak yang pasang bendera.
Pelik jugak kan? Masa kempen pilihanraya haritu bukan main lagi gantung bendera. Adakah orang yang tak kibar bendera dikira tidak patriotik?
Patriotik kalau diukur dari penggunaan barang buatan Malaysia, ramai jugak orang yang buang terus barangan keluaran tempatan. Katanya tiada kualiti. Kereta keluaran Malaysia pun tak ada kualiti. Itu orang cakap la.
Kalau pakai kasut jenama Bata, pun orang pandang senget. Kasut buatan Gombak lagi la.. orang terus tak pandang.
Kalau itulah ukurannya, adakah orang yang naik kereta Honda tak patriotik? Ops.. Ramainya yang tak patriotik sekarang ni.
Jadi apa lagi kayu pengukur patriotik? Adakah boleh diukur dengan hanya melihat luaran? Luaran mencerminkan dalaman. Itu betul, tapi tak semua.
Apa yang sangat pasti ialah patriotik boleh ditonjolkan mengikut citarasa masing-masing. Berapa banyak? Perlukah diukur? Rasanya tiada alat untuk mengukur, dan tak perlu diukur pun.
Ada yang menunjukkan patriotik dengan menyanyi, berpuisi, menulis blog, tempek bendera Malaysia kat muka, pasang stiker, melancong ke luar negara membawa imej Malaysia, mendaki Gunung Everest dan macam-macam lagi.
Persoalannya, adakah kita ada nilai patriotik itu? Macam mana kita tunjukkan? Berbeza cara dengan kita bukan bermakna tidak ada langsung patriotik. Biarlah kita berberza cara, asal kita sayangkan Malaysia.
Hazmin Hamudin says
Kalau tak kibar bendera tak patriotik. gila punya ukuran. Eh. A’ah kan. Kenapa masa pilihanraya bukan main lagi diorg boleh gantung bendera ribu2. Sekarang masa merdeka apasal tak gantung jugak.
Cikgu Hairul says
Masa pilihanraya ada kepantingan. Kibar jalur gemilang dapat apa… itu la alasannya.
Mohd Shubhi says
Jika kita setuju dengan pepatah Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri….itu namanya patriotik juga. Selamat sambut hari merdeka dengan penuh keinsafan.
Cikgu Hairul says
Satu pandangan dari sudut yg lain pulak nih..
UmmiKami says
Assalamu’alaikum
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 56 tahun…..semoga diri kita dikeluarkan dari comfort zone…. 😀
Cikgu Hairul says
Waalaikumsalam Ummi,
Nak keluar dari confort zone kena la ada tukul.. ramai yang masih lena.
titan says
bergantung pada perasaan diri sendiri. hehe..
Cikgu Hairul says
Macam mana tuh? nak kena tambah sikit huraian.. hehehe
Joe says
Aku rase, paling basic pun kena ade bendera. Bendera merupakan salah satu bende kebanggaan rakyatnye.
Tapi aku tengok ramai jugak yang tak patriotik, ramai jugak yang takde semangat nasionalisme. even when our country under attack ade orang yg perlekehkan pasukan keselamatan.
Cikgu Hairul says
Mereka tak faham lagi tentang kenegaraan. Kena masuk sekolah semula. Kalau dah melampau sangat, sampai memperlekeh pasukan keselamatan yang berjuang menjaga keamanan negara, elok juga dibuang negeri.
hafiz says
Rasanya org yang sanggup mempertahankan negara, lebih patriotik..
Itu pendapat akulah..
yusri says
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap ‘tanah air’ (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.
Sumber:Wikipedia
anif says
Patriotik dalam jiwa 😀 Tu yang tak nampak…
encikarman says
kibar bendera biar ikhlas skit, kalau jumpa bendera jatuh kat atas jalan, harap tlg ambil..hehe
Amar says
Pandangan peribadi saya…
Menzahirkan nilai patriotik boleh dengan cara memajukan diri untuk memakmurkan negara. Menjauhkan diri dari orang-orang yang sukakan perpecahan. Mendekatkan diri dengan orang-orang yang merangsang kepada kebaikan.
Isu bendera, saya tak kibarkan sebab saya sedar Malaysia semakin tertekan dan terhimpit oleh keperluan orang-orang yang mendakwa mereka patriotik, tapi dalam masa yang sama mereka memamah setiap kulit, isi dan tulang negara ini. Disebabkan itu saya tak rasa saya merdeka. Jadi bagaimana boleh saya kibarkan bendera sedang saya belum merdeka.
Setiap makanan yang kita makan, semuanya ada racun. Setiap ringgit wang yang kita guna, tak terlepas dari riba. Di setiap kelas di sekolah, anak-anak disogok dengan sejarah yang salah. Dan orang-orang yang berbicara tentang kebenaran “dihukum masuk neraka oleh manusia.”