Pengguna gadjet dah semakin ramai sekarang ni. Sebelum ni blog cikguhairul.com telah dipasang dengan plugin dan theme bagi membolehkannya dilihat di handset. Blog ni menggunakan platform wordpress. Aku nak cerita pasal blogspot pulak la. Kali ini aku baru terjumpa macam mana nak menjadikan blogspot kita kompitable dengan handset. Walaupun ianya dah lama, aku baru berkesempatan mengodek blog di blogspot aku ni.
Apa yang perlu dibuat adalah login dashboard —> Setting —> Email & Mobile.
Pada tetapan Mobile Template, pilih show mobile template. Kalau nak tengok macam mana bentuk blog anda di handset tekan dulu preview. Lepas tu jangan lupa save seting ini.
Apa lagi tengoklah kat handset anda sekarang. Kalau tak menjadi sila clearkan chace handset anda. Kalau tak jadi juga tak tau la nak buat apa. Sebab aku buat semua blog aku jadi macam ni.
sutera says
memang cmtula rupanya kt paparan mobile..simple dan cepat loading..
Mirul says
Sesimple cara nak setingnya. Cuma satu klik jer..