Kadang-kadang kita jemu dengan username yang kita buat dulu. Nak tukar dah ada notis di situ kata username cannot be change. Tapi yelah.. kita ni kan manusia, cepat bosan. Sesekali nak juga mencari cara untuk ubah username kita. Jadi hujung-hujung minggu tanpa apa-apa kerja ada baiknya menggodek blog. Jangan jahanam sudah la.
Untuk lebih memahami tutorial ini sila baca di sini. Untuk makluman, semua gambar juga saya dapat di situ.
Bagaimana menukar username wordpress blog.
Rupanya ada cara untuk kita ubah username. Sebenarnya bukanlah terlalu mudah macam kita tukar password. Tapi kena masuk ke dalam cPanel.
1. Access cPanel. Kalau lupa password sila rujuk semula email pertama yang syarikat hosting anda bagi.
2. Masuk ke bahagian database. Cari phpMyadmin dan klik.
3. Pilih nama database. Di bahagian sebelah kiri ada senarai database untuk blog kita. Pilihlah mana yang kita guna untuk blog kita. Klik nama database tu.
4. Pilih wp_users. Bahagian kiri database yang kita klik tadi akan ada senarai wp_xxx. Cari wp_users dan klik.
5. Mulakan edit user. Cari username yang kita tak suka tu, dan tukarlah dengan username yang lebih cun. Lepas edit tekan go.
6. Login semula ke wordpress dengan menggunakan username baru. Jangan risau, selagi password anda tak usik, ia tetap sama. So kat sini bolehla buat pertukaran Nickname, displayname dan password.
7 Done. Itu je. Sangat mudah.. mudah la sangat. Kena berhati-hati dengan database kita.
[warning]
Segala kesilapan mengedit akan menyebabkan seluruh blog tidak dapat dibuka.[/warning]
Amar says
Jangan lupa backup. Try at your own risk. Hehe…
Cikgu Hairul says
Ada masalah besar dengan file backup. Tak tau nak buat apa.. hehehe. Kena cari tutorial bahasa inggeris untuk dialihbahasa.
pahan says
saya br buat benda yang sama sebelum ini.hhe
Cikgu Hairul says
Saya pun baru tukar. Haritu hackers tukar password, email dan juga username. tu yg tukar tu.
adele says
owh..boleh tukar rupanya..sbb time awal2 buat blog ni main hentam je username konon2 alah..nak blogging saje2..bila dah lama rasa mcm xbest plak username sndiri..hehe
Cikgu Hairul says
tu la pasal. entah kenapa tak boleh tukar username. nasib baik ada cara ni. boleh tukar bila2 masa.
Mama Murai says
Cara nie memang lebih mudah dan pantas, malangnya ianya tak sesuai untuk ‘orang baru’. sebab tu lah saya lebih suka bagi tutorial macam kat entri nie –> http://www.mamamurai.com/tips-untuk-menukar-username-admin-wordpress-kepada-username-lain-yang-anda-kehendaki untuk dijadikan rujukan (sorry for this url). 🙂
Cikgu Hairul says
owh ada lagi cara yg lebih mudah. thanks ye MM.
Hazmin Hamudin says
Baru tau benda ni.. Boleh la tukar username lepas ni.. Kadng2 bosan jugak dengan username yg sama kan.
Cikgu Hairul says
kalau takut nak godek database, boleh guna cara yg mamamurai sarankan tu.
Ibu Mifzal Arsyad says
dulu pernah buat selepas blog kena hacked..huhu
Cikgu Hairul says
memang, cara ni sesuai untuk yang blog lepas kena hack.
CMRatu says
banyak lagi berkaitan WP ni yg nak kena belajar.. huhu…
donnyien says
nickname yang ada sekarang ni rasanya dah cun kot haha.. tak perlu tukar. tq bro