Keratan akhbar ni kadang-kadang boleh buat cikgu-cikgu menyesal jadi cikgu. Apa taknya, semua perkara yang berlaku pasti cikgu akan dipersalahkan. Sedangkan kehendak belajar tu datangnya dari murid tu sendiri. Bersamanya adalah dorongan dari ibu bapa dan masyarakat. Tanpa gemblingan semua pihak, usaha mengheret pelajar ke sekolah untuk belajar memang susah.
Mudah untuk menduding jari ke satu pihak untuk melepaskan tanggungjawab diri sendiri kan? Bila dah dihebahkan kepada umum bahawa hanya cikgu yang bersalah, masyarakat dah tak pandang salahnya ibu dan bapa. Mentaliti mula diset, semua punca masalah pelajar adalah cikgu.
Tak apa lah kalau itu yang masyarakat mahukan.
Cerita dalam keratan akhbar ni ada juga betulnya. Cikgu-cikgu yang berkenaan kenalah sedar dan cepat perbetulkan keadaan supaya persepsi masyarakat terhadap profesion pendidikan pulih seperti dulu-dulu. Jangan melenting tak tentu hala. Ini semua fakta dari hasil kajian. Bukan maklumat dikutip dari tepi longkang.
Terjadi sendiri kepada salah seorang anak sedara aku. Masalah ponteng dan malas belajar. Ya, ibu bapa dan keluarga memang ada bagi semangat, tapi bila diselami dari hati ke hati memang ponteng ni salah satu penyebabnya adalah cikgu. Dia bukan merambu ke cybercafe atau berpeleseran di kompleks membeli belah pun. Tak datang sekolah, cuma duduk di rumah. Puaslah ibu bapa ni suruh ke sekolah, tapi taknak tetap taknak.
Antara alasan yang diberitahu, cikgu sering tak masuk kelas. Itulah punca utamanya. Kalau ada cikgu, dah tentu murid-murid ni akan ke sekolah. Bab takut sebab tak siap kerja sekolah tu zaman dulu-dulu punya alasan. Generasi sekarang suka berterus terang. Bukan macam zaman kita dulu, tak siap kerja je ponteng sekolah. Sekarang mereka dah advance, tak siap cakap tak siap.
Cikgu tak masuk kelas ni dah jadi barah dalam sistem pendidikan kita. Pergi la mana-mana sekolah pun, masalah ni mesti ada. Persoalannya kemana cikgu sampai tak masuk kelas? Jawapannya sangat mudah. Cikgu pergi kursus, cikgu siapkan fail sebab PPD nak datang, cikgu buat kerja-kerja perkeranian sampai terlupa masuk kelas. Rata-rata cikgu akan bagi jawapan macam tu. Susah nak jumpa atau terjumpa cikgu tak masuk kelas sebab jual sayur buat parttime.
Pusing-pusing cerita, cikgu juga yang salah. Kursus, data, fail dan kerja perkeranian tu atas arahan cikgu juga. Pentadbir juga seorang cikgu. Cikgu yang cuba membuang ideologi seorang cikgu. Maka, terhasil lah masalah sekarang. Ikut sangat apa yang PPD mintak sampai membebankan cikgu. Memang benarlah apa dikata orang. What you give, you get back. Kesan daripada tindakan itu kembali kepada cikgu.
Menyesal ke jadi cikgu? Aku percaya, semua cikgu ada jatidiri yang tinggi. Telinga pun dah cukup tebal untuk menerima tohmahan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Apa yang ada di depan mesti diredah. Walau ada segunung fitnah menghempap seluruh profesion pendidikan, cikgu takkan sekali-kali menyesal menjadi Cikgu.
Oja Samid says
hanya kerana beberapa individu yg buat onar, semua guru nak dipersalahkan. apepun semua masalah nie ada banyak faktor, kan. tak adil nak letakkan kesalahan tu pada satu pihak semata2..tapi selalunya gurulah yg jadi mangsa. 🙁
KHAIRUL AMRAN says
Mungkin faktor guru tak ramai yang nak melawan kot tu yang jadi tempat sasaran. Buatlah apa saja, tak pernah dengar cikgu buat demonstrasi membantah kan? hehehe
ringantangan says
Antara kerja yang memberikan gelaran kekal, Cikgu, Ustaz, Doktor walau diluar waktu kerja. Seorang cikgu, walau di luar kawasan sekolah, orang tetap akan panggil cikgu. Semoga makin bersemangat mendidik anak bangsa. 🙂
KHAIRUL AMRAN says
Gelaran tu sangatlah berat. Sampai mati pulak tu.. Kalau perangai tak semenggah, memang malu seluruh institusi.
cikgu feesya says
🙂 bila baca ni kat akhbar, ramai rakan guru melenting… Melenting tu bukan apa. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga kan? Sebagai guru tak nafikan ada pelajar ponteng sebab guru. Tapi kalau diselami hati sebahagian besar pelajar masalah ponteng ni bukan berpunca dari guru (berdasarkan pengalaman dok sembang dari hati ke hati dengan pelajar Bermasalah). Ada banyak faktor cikgu hairul terutamanya dari segi masalah disiplin pelajar tu sendiri, pengaruh rakan sebaya dan ada juga sebab masalah keluarga. Faktor penyumbang utama adalah kerana masalah keluarga (kes anak didik saya). Bila tertekan di rumah, kerja sekolah tak boleh nak siap. Suka lagi lepak-lepak dari duduk rumah sebab bosan dengan kepincangan keluarga. Ibu marah ayah marah bergaduh bagai. So..diorang banyak tuang sekolah sebab pi sekolah nanti pun cikgu marah sebab keje tak siap. Tak nafikan kita kadang2 lupa nak prihatin kenapa pelajar xsiap kerja sekolah. Kenapa ponteng. Cuba selami diorang. Dan sebab tu jugak banyak jari menuding kat kita 🙂 sebab lain…cikgu garang, cikgu xmasuk kelas, cikgu bla bla bla… 🙂 terima lah dengan redha. apa2 pun kita ikhlas dan tahu kerja buat kita. biarlah org nak kata kan??? i like jadik cikguuu!!!
KHAIRUL AMRAN says
Yeah.. Cikgu Feesya yang sangat bersemangat waja. Semoga cemerlang.
TehR says
aku tak menyesal jadi cikgu
orang nak kata apa pun tak kisah
ilmu perlu dicari BUKAN tunggu jatuh masuk ke dalam mulut
KHAIRUL AMRAN says
Terbaik la cikgu. Bersemangat walau bermacam cobaan datang.
Ani Haryani says
Pernah menjadi guru sandaran setahun setengah, tak menyesal walau sikit pun menjadi seorang guru. Menjadi guru tanggungjawab yang sangat besar. Harap anak -anak murid berjaya dunia akhirat Amin.
titan says
setakat ni, kalau aku tak masuk kelas pun, sebab gi kursus atau kena bawa budak sukan/wakil sekolah/daerah.
yang lain..semua masuk kelas. kelas PJ..memang sengsara tak masuk kelas. Budak cari sampai dapat. haha..
KHAIRUL AMRAN says
dan… itulah yang membuatkan student malas ke sekolah. cikgu titan tak masuk kelas seminggu.. sedangkan mereka ternanti-nanti cikgu titan masuk kelas. cikgu yang relief pulak masuk cuma dok main henpon. lagi la budak boring.
cik balqis says
dah lali dengan semua nie
tak heran langsung
asalkan kerja hakiki saya berjalan.
malas nak komen banyak. karang orang kata, “mesti la nak backup cikgu, diri sendiri cikgu kan”.
jemu dah~
KHAIRUL AMRAN says
Aahh… buat pekak telinga je la.
faridah says
Nak buat camne cikgu-cikgu…
kene la pandai bahagikan masa…
tiap isi pembelajaran yang disampaikan perlu ada lessonplan kertas kerja….officially menandakan isi pembelajaran apa yg telah diplanningkan utk sampai ke pelajar
ke dak?? ne berdasarkan pengalaman je ne…kut2 manatau sama
sbb bila nanti orang atas mai audit sume nak tgok file