Ramai dah beli iPad, iPhone, handset canggih, dan gadjet-gadjet kecil. Masalah ruang simpanan kadang-kadang memeningkan kepala juga. Nak simpan video, gambar, lagu, e-book, excell, word, powerpoint dan macam-macam lagi mungkin tak cukup. Lagi-lagi kalau bajet ciput. iPhone 32G nahal, iPad berkapasiti storan besar juga mahal, memory card murah tapi handset pulak tak support 16G. Macam mana nak buat tu?
Aku ada penyelesaiannya mengikut dari pandangan aku ler. Sekarang ni macam-macam online storage wujud. Yang berbayar dan tak berbayar. Ada yang support untuk penyimpanan file terus dari iPhone, iPad, Nokia, Blackberry dan macam-macam lagi. Perkhidmatan berbayar aku tak nak sentuh. Benda free je nak cerita kat sini.
Box dot Net
Box dot Net menyediakan ruang simpanan percuma 5G. Walaupun tak besar tapi ianya percuma. Boleh la simpan gambar-gambar untuk digunakan dalam berblog. Selain daripada ruang 5G, max fail yang boleh diupload adalah 25MB. Saiz yang agak besar. So bolehla simpan gambar kat Box pas ni. Box ni boleh simpan juga dokumen lain macam video dan word. Kelebihan yang aku nampak adalah Box dot net menyediakan perkhidmatan online dokumen. Kalau tengah online kat iPad nak mencipta dokumen boleh je terus create dan simpan sebagai file doc atau pdf.
Google Documen
Google Documen ni lagi best. Sapa-sapa taknak beli msoffice ori, boleh gunakan google documen secara percuma. Terus je buat documen secara online, save dan share. Fail-fail kita yang melambak-lambak dan perlu dieksess dari pelbagai tempat, sesuai sangatla disimpan di sini. Sangat membantu untuk yang terlupa bawak pendrive atau laptop hilang masa nak buat presantation. Cuma bukak je google Documen untuk ambik balik apa yang dah kita buat. Aku selalu juga simpan documen kat sini. Senang, bila ada apa2 presantation boleh ambik dari sini. Tak perlu bawak pendrive.
4Share dot COM
4Share menyediakan storan yang agak besar. 15G memang cukup besar bagi aku. Setakat nak simpan fail word tak jadi masalah. Cuma masalahnya ialah bila kita bukak selama 90 hari, akaun kita akan diterminate. Waduh kalau banyak data dalam tu pening juga nak melayan.
SkyDrive
SkyDrive adalah perkhidmatan dari Windowslive. Haa yang ni storan yang diberikan memang besar. 25G untuk satu akaun. Macam-macam boleh simpan. Anda perlu buat akaun kat hotmail baru dapat storage ni. Try la yer.
Selain dari yang dibincangkan kat atas tu, ada banyak lagi storan percuma expecially untuk gambar. Contoh lain ialah Flickr, Ovi, photobucket, fotopages dan macam-macam lagi tak terkata. Apa kata kita simpan gambar kat sana.
p/s : Simpan dokumen online kat tempat percuma ada kalanya menyusahkan sebab itu semua bukan kita punya. Bila-bila masa jer boleh didelete. Untuk simpan fail yang tak berapa penting boleh la.
p/s/s : Selalu protect akaun anda. Takut disalahgunakan oleh orang terlebih tanggungjawab.
jamal nasir says
Salam Cikgu,
Saya ada memperkenalkan satu program simpanan &
perkongsian data online. Harap dapat Cikgu layari
website http://www.tera-evault.com dan berkongsinya dengan
rakan-rakan dan pembaca blog Cikgu.
Terima kasih.
Cikgu Hairul says
Terima kasih atas info itu.
Amar says
Baca dulu terma dan syaratnya. Dokumen paling selamat tulis atas buku 555.