Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Mestilah takut

Mestilah takut

19 November 2012 by Cikgu Hairul

Berapa ramai anak murid cikgu yang ambik UPSR tahun ni? Saya tanya seorang cikgu. Ada la lebih kurang 500 orang. Uih ramai tu.. saya agak terkejut dengan jawapan dia.

Cikgu tak takut ke? Errr.. itu soalan cepu cemas. Mana mungkin tidak takut. Segala penat lelah setahun dinilai hari ini. Baik keputusan sekolah, baiklah reputasi cikgu. Begitulah sebaliknya. Tadah telinga, kentalkan jiwa.

Ketaq lutut cikgu sewaktu keputusan peperiksaan diumumkan memang fenomena biasa. Kadang-kadang cikgu pulak yang terlebih takut dari orang yang nak ambik keputusan. Biasalah tu. Tak perlu diherankan sangat. Selagi namanya keputusan peperiksaan, gementar pasti ada. Yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, sama je.

Ketakutan itu tidak boleh dibiarkan lama. Lepas tahu keputusannya, lega lah. Ketakutan sebenar ialah melepaskan anak didik ke alam seterusnya. Pelbagai onak dan duri di depan mereka. Silap ajaran, cikgu yang akan dipertanggungjawabkan.

Kadang-kadang berlaku juga, ajaran yang disampaikan betul, tapi pemahaman murid pulak tak betul. Silapnya cikgu tak periksa sorang-sorang apa yang mereka faham. Padahnya, murid bawalah kefahaman tu sampai ke tua. Sebenarnya itu yang paling ditakuti.

Ketakutan menunggu keputusan dengan ketakutan melepaskan anak didik meninggalkan alam persekolahan sentiasa bersilih ganti. Namun ada sesuatu ketakutan yang paling diigaukan. Apakah tanggungjawab ini telah selesai dengan berakhirnya peperiksaan?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hairul Azni says

    19 November 2012 at 00:44

    Memang berat tugas sebagai pendidik anak bangsa,penyambung warisan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2012 at 06:57

      berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

      Reply
  2. Norizwan says

    19 November 2012 at 00:48

    nasib lerr jadi seorang cikgu ni hehe…. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2012 at 07:05

      sudah nasib badan..

      Reply
  3. titan says

    19 November 2012 at 00:58

    haha..normal kalau takut maa.
    kalau tak takut..itu bukan cikgu namanyaaa…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2012 at 07:07

      ada juga yang tak takut. sebab tak mengajar darjah enam. biasanya cam tu la.

      Reply
      • titan says

        19 November 2012 at 10:58

        haha..itu cikgu baru..memanglah tak rasa apa pun..

        Reply
      • TehR says

        21 November 2012 at 01:22

        aku la tu
        dah lama tak ngajar darjah enam
        hehe

        Reply
        • titan says

          22 November 2012 at 14:17

          huhu..dah agak dahh..kann..dah ada cikgu menyampukk..

          Reply
  4. hairulafiz says

    19 November 2012 at 02:01

    sekurang-kurang tanggungjawab cikgu dah lepas….

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2012 at 07:11

      Saya yang dah besar ni pun cikgu sekolah dulu masih pantau. Setiap tweet dan status fb mesti kena pantau. Cikgu saya kata, tanggungjawab dia belum lepas selagi tak mati. Huh! Tu yang sangat takut tu..

      Reply
  5. Leeza Dayasari says

    19 November 2012 at 02:18

    huuuu moga anak didik dpt keputusan yg baik….

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 November 2012 at 07:59

      berdebar ke? jap lagi g tgk.. hehe

      Reply
  6. Izzat Aziz says

    19 November 2012 at 09:34

    Dari segi tangunggjawab seorang guru, lepas budak keluar sekolah habislah, tapi tangunggjawab seorang dewasa dan juga seorang Islam tu yang melangkaui batasan kerja.

    Reply
  7. pahan says

    19 November 2012 at 21:37

    Betul tu bro. Kadang-kadang perasaan takut itu yang banyak mengajar manusia 🙂

    Reply
  8. Aku Mad says

    20 November 2012 at 18:02

    Semoga cikgu panjang umur dan murah rezeki ,, baca entri ni teringat pulak ngan bekas cikgu mad time sekolah rendah dan menengah .. zaman sekolah paling best! ..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 November 2012 at 10:29

      Aminn

      Reply
  9. Jebeng Otaiâ„¢ says

    20 November 2012 at 22:56

    takut dan risau kan masa hadapan anak didik sendiri..

    Reply
  10. hairulafiz says

    20 November 2012 at 23:39

    macam mana skrg ni cikgu keputusannya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 November 2012 at 10:29

      Alhamdulillah. 73 dpt 5A.

      Reply
  11. TehR says

    21 November 2012 at 01:23

    yang paling takut pastinya guru besar
    memang tak senang duduk

    Reply
  12. Mummy Akmar says

    21 November 2012 at 22:51

    Memang takutt…Erk!
    Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

    Reply
  13. Leeza Dayasari says

    27 November 2012 at 01:00

    singgah sini…
    **cuma nak maklumkan sahaja, andai kata awk ada masukkan blog sy dlm bloglist, mohon semak erk sama ada boleh view atau tak. kalau tak boleh, mohon update link, sbb saya baru tukar kpd domain sndiri. pesanan ni diberi sebab blog awk ada dlm bloglist saya. he he he
    Saya mohon maaf di atas segala kesulitan.
    http://www.santaileeza.com (link baharu)

    ANDAI KATA saya tidak disenaraikan dalam bloglist awak, awak boleh abaikan mesej ni. Terima kasih.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 November 2012 at 10:26

      Memang ada dalam senarai. Wah dah ada kemajuan sekarang. Hehehe. Akan diupdate nanti.

      Reply
  14. BUATBEST ? says

    30 November 2012 at 22:14

    besarnya tanggungjawab seorang guru..takut juga ye bila keputusan murid2 nak keluar..huhu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in