Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Minority Report

Minority Report

5 February 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Masih ingat satu filem “kayu suci” holywood bertajuk Minority Report yang dibintangi Tom Cruise sebagai watak utamanya. Dalam filem ni polis di zaman itu telah mencipta satu teknologi yang istimewa untuk mencegah jenayah. Teknologi dan alatan tersebut dapat paparkan di skrin sebahagian kecil peristiwa kejadian yang akan berlaku. Maka dengan segera satu pasukan khas dihantar ke tempat kejadian sebelum jenayah itu berlaku. Pesalah ditangkap, dibicarakan dan dihukum sebelum kesalahan itu dilakukan. Hebat kan? Cegah sebelum terjadi. Mencegah lebih baik dari mengubati.

minority-report

Walau bagaimanapun bahagian utama cerita itu ialah tentang salah seorang anggota pasukan itu (Tom Cruise) dipaparkan di skrin akan melakukan jenayah. Pasukannya berusaha memberkasnya dan dia pula berusaha untuk melepaskan dirinya. Dan itulah yang menguasai keseluruhan cerita sehingga teknologi itu terungkai sepenuhnya.

Tapi saya tak nak ulang cerita tu di sini. Nak tahu, pi cari DVD cerita tu dan tengoklah yea.

Cerita saya di sini ialah adakah kita sedar bahawa umum pada hari ini dalam masyarakat kita, kita telah lama menggunakan konsep Minority Report dalam kehidupan kita. Bila ada seseorang dari dalam kalangan kita cuba menongkah arus atau membuat sesuatu yang sedikit lain dari kebiasaan, kita segera membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku. Kita segera menghalangnya dan menghukumnya bersalah. Samalah macam Minority Report tu.

Mencegah lebih baik dari merawat itu benar. Tapi adakah ia laku atau terpakai untuk semua keadaan? Biasa juga kita dengar orang kata,

Sekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya. Dia mesti akan buat silap. Aku tahu sangat. Aku kenal dia 100 peratus. Luar dan dalam.

Wah hebat sungguh orang yang berkata seperti tu. Apa hang ada dapat wahyu ka apa? Sampai hebat tara tu…

Cermin balik diri kita dengan peraturan kebiasaan dan kelaziman yang kita praktikkan hari ni, adakah kita golongan orang yang mengamalkan Minority Report atau tidak. Untuk kita fikirkan dan muhasabah diri.

Innalillahi wa inna ilayhi raaji’un..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Syasya says

    5 February 2014 at 23:32

    perkongsian berguna… terbaik!

    Reply
  2. titan says

    6 February 2014 at 13:53

    setuju. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

    Reply
    • Amar says

      6 February 2014 at 14:33

      Contoh Minority Report ini samalah dengan zaman Firaun dulu, sebelum Nabi Musa menentang lagi, Firaun telah mula membunuh anak lelaki dari kaum Bani Israel. Pencegahan dibuat berdasarkan tilikan.

      Contoh hari ini ialah bila adik lelaki mula kerja setahun berhajat nak beli kereta menggantikan motosikalnya. Abang dan kakak ipar tak setuju dengan alasan adik itu nanti akan gagal membayar ansuran bulanan berdasarkan tilikan mereka hasil dari perkiraan matematik darjah 2.

      Reply
  3. TehR says

    7 February 2014 at 16:25

    cegah diri sendiri terlebih dahulu sebelum merawat orang lain
    mudah2an kita sama2 bahagia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in