Bismillahhirrahmanirrahim.
Maha Suci Allah yang menciptakan tiap sesuatu ada tujuan dan kegunaannya. Minyak Kelapa Dara (VCO) ni ada banyak gunanya dalam merawat dan mencegah penyakit. Cari saja bahan bacaan di internet, ada begitu banyak khasiatnya disenaraikan dalam blog-blog bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.
Saya tidak menulis di sini untuk promosi menjual produk. Saya hanya mahu bercerita tentang minyak kelapa dara yang mungkin tidak diceritakan di laman blog lain.
Saya dapatkan minyak kelapa dara dari sumber kelapa pokok sendiri di belakang rumah, tangan yang menulis inilah juga yang digerakkan Allah memproses minyak kelapa dara.
Untuk memperoleh 200ml (hampir penuh satu cawan) minyak kelapa dara, kira-kira 4-5 biji kelapa parut diperlukan. Dengan kaedah lama berbekalkan alatan yang sedia ada di dapur, 4-7 hari diperlukan untuk mendapatkan minyak yang terbaik; jernih berkaca seperti warna kristal.
Sedia maklum minyak terhebat yang baik dimakan diberitakan ialah minyak zaitun. Mahal sangat minyak zaitun tu, pilihan lain ialah minyak kelapa. Minyak kelapa yang biasa banyak kolesterol. Dengan proses yang lebih teliti dapatlah minyak kelapa dara yang rendah kolesterol. Sayangnya minyak kelapa dara lebih mahal pula berbanding minyak zaitun.
Saya ada menemui orang menjualnya di internet sehingga RM100 untuk 100ml. Paling murah pula ialah RM25 untuk 150ml.
Saya terfikir, kalaulah kita dapat hasilkan minyak kelapa dara dengan cara yang moden, dapatkah ia dijual kepada umum dengan harga yang lebih rendah? Supaya umum bukan saja dapat gunakan minyak kelapa dara untuk rawatan dan kesihatan, malah tambahan perisa dalam masakan supaya kita lebih sihat.
Mungkin saudara/saudari pembaca di sini ada cadangan yang memungkinkan kita mendapat minyak kelapa dara pada harga yang lebih rendah? Sama-sama kita cari jalan.
pahan says
pernah dengar kawan ckp minyak kelapa dara ni bgus untuk pengantin baru2.
tentang harga, kat sarawak ada tempat murah. cuma lupa nama tempatnya.
Cikgu Hairul says
pengantin yang lama pun bagus juga.
Amar says
Stok hang hari tu rasa dah habis kut. Balik kampung suk mai ambik agi. Special simpan utk hempa duo orang… Aku layan sikit-sikit ja.. Takut bengkok, dah nak kena pi Mentaus perbetul alignment pulak… heheh..
Amar says
Kawan-kawan beritahu Pulau Borneo kaya dengan hasil bumi. Kena beranikan diri jugalah nak naik pesawat ni… **gayat**
Aisah says
Menjual vco jenis coldpress (tanpa pemanasan). Kualiti terbaik. Segar bau kelapa.
ajib says
Salam.en.adakah proses yg en lakukan dgn kaedah
Pemanasan atau peram dpt mengekalkn kandungan
Fatty acid dlm kelapa.ada report lab test x utk
Org seperti sy nk tau peratus c12 n iv.kalu proses
Dgn kaedah lain cmner pula kandungan zat tu…
Sedia maklum sayur yd di masak pn akn hilang
Vitaminnye.tima kasih