Hari ni saya mulakan misi kurus fasa kedua. Misi kurus fasa pertama dah berjaya. Kejayaan paling manis ialah bila saya hanya memerlukan penurunan 2Kg je lagi. BMI pulak cuma 0.5 je kena kurang untuk mencapai berat ideal.
Nampaknya misi kurus fasa satu dah berjaya. Nak tau apa saya buat, tengok entri misi kurus saya. Kena kerja kuat woo.. Kalau tak tahan nafsu, confirm tak jadi. Cuma sekarang ni kena istiqamah je.
Misi sekarang tingkatkan aktiviti. Selain dari kayaking, saya juga berbasikal. Hari ni dapat round taman empat kali. Cukup bersemangat! Pagi-pagi lepas solat subuh terus je capai basikal. Rasa cam nak mati pun ada kayuh basikal. Tak pernah naik bukit naik basikal, cam ni la jadinya. Dapat habiskan setengah jam tu pun kira bagus la.
Kan kugagahi juga cabaran ini. Bukan lawan dengan sapa-sapa pun, lawan dengan diri sendiri. Kalau berjaya nak hadiahkan diri sendiri dengan iPhone. Yang ni sure kena diet lebih. Siap ikat perut lagi. Hahahah.
Sapa nak join cabaran ni? Jom sama-sama kita menguruskan badan agar jadi sehat dan cerdas.
semangat yg diperlukan utk kuruskan badan.. 🙂
betul tu. tanpa semangat apa pun tak bleh.
aku just jog dalam 30 minit setiap hari. 2 set. pagi dan petang. pastu..jaga makan. 3 bulan. 10kg lebih hilang. lagi sikit..nak dapat berat badan masa muda-muda dulu. hoho..
Hehehe.. masa muda dulu berat ko berapa?
maa muda dulu, 55 kg paling berat. paling teruk, 49-50 kg..
awal tahun hari tu..75 kg. sekarang..maintain 60-63kg.
macam mana boleh maintain? selalu senam ke? ada tak aktiviti kelana yg boleh aku join.
saya pon nak kurus juga, tapi susah ler, hehehe
Apa susahnya. Kawal je makan tu. Pastu bersenam.
Gigih ye cikgu 🙂
Kena gigih bro. Kalau tak, tak jadi.
Saya pun ada misi nak kuruskan berat badan ni.. banyak lagi tu.. sekarang kena kurangkan 5 kg dulu..
go cikgu go .. saya sokong!!
terima kasih atas sokongan.
lawan dengan diri sendiri
yang ni memang terbaik
moga2 terus bersemangat dan berjaya, cikgu
insyallah.
Yang ni best…boleh bersenam diwaktu malam jugak..hehe