Motivasi Kebahagiaan Suami Isteri, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Bertemu kita pada kali ini dengan semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan tugas harian. Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia perkahwinan kita. Hari ini kita akan membincangkan Motivasi Kasih Sayang Suami Isteri.
Sedap sungguh masak kari,
Buat hidangan pembuka selera,
Kasih sayang suami isteri,
Dipupuk dibaja sepanjang masa.
Jika kita amati, diawal perkahwinan fuhh bukan main romantik lagi. Suami dengan rela hati membukakan pintu kereta untuk isteri. Makan di kedai mamak, kerus ditarikkan. Topi keledar suami tolong pakaikan. Makan pulak kongsi sepinggan. Lagi best minum pun satu straw.. Hehehe romantik kan? Tapi bila usia perkahwinan dan meningkat lain pulak jadinya.
Kusangka panas sampai ke petang rupanya mendung ditengah hari. Baru mendung tu.. Tak hujan lagi. Sebab apa mendung? Sebab kasih sayang yang tak dibaja. Kasih sayang perlu dipupuk, disiram dan dibaja jika tidak ia akan mendung, akan hilang tak kira masa dan usia.
Kasih sayang rukun dan damai,
Hidup seperti dalam mahligai.
Sebab itulah orang kata kalau nak tahu tahap kesuburan kasih sayang suami isteri cuba tengok waktu dalam kereta. Kalau isteri terlentok dibahu suami tu tandanya pasangan baru kahwin. Masih panas dan bertenaga lagi kasih sayangnya. Kalau isteri lentok ke kiri, suami pulak diam membisu sambil drive, tu tandanya dah lama kahwin. Tapi kan kalau dua-dua kepala tegak sambil tangan diangkat angkat itu tandanya tengah berbincang serius lah tu. Tak pun tengah bergaduh.
Antara kaedah yang orang tua-tua guna untuk menyemai atau mengeratkan kasih sayang suami istri ialah bercerita dan mendengar cerita. Suami isteri kongsikanlah cerita. Banyak cerita boleh dikongsikan bersama. Hal anak-anak, hal kerja, hal kejiranan dan macam-macam lagi asalkan jangan cerita keburukan orang sudah. Yang tu nak kena jaga. Jangan sampai tercerita keiban orang, jangan mengumpat.
Melalui bercerita kita dapat berkongsi cerita, berkongsi rasa dan dapat menenangkan perasaan. Melalui cerita kita tahu bagaimana pasangan mahu dilayan. Yang mendengar pulak kena ambil perhatian. Sekurang-kurangnya jawablah haah.. Bila bercerita sekurang-kurangnya kita lebih menghargai si pencerita.
Moga sedikit perkongsian ini akan dapat meningkatkan motivasi kita dalam berkasih sayang suami isteri.
Leave a Reply