Dalam minggu ni terasa hilang semangat.. semagat yang hilang perlu dicari. Aku macam biasa mencari semangat dengan membaca. Tak kesah la baca apapun. Satu pagi bukak email dari rakan blogger. Menarik motivasi yang diberikan. Ringkas je.. Jom aku kongsikan..
Ubahlah diri kita. Bila disebut kita, ini termasuk saya, anda, rakan-rakan anda, rakan-rakan saya dan orang disekeliling kita. Berubah dari keadaan kita sekarang kepada keadaan yang kita inginkan. Dari seorang yang biasa-biasa sahaja, kepada seorang yang luar biasa. Dari seorang yang takut kepada kejayaan, kepada seorang yang sentiasa mencuba pelbagai kaedah untuk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya.
Cuba kita duduk diam barang seminit dua dan renungkan kata-kata di atas dan semoga ia memberi satu suntikan semangat kepada kita. Sehingga berjumpa lagi pada entry akan datang.
Amar says
Nak berubah kenalah kenal diri dulu kan… Tapi tak boleh lah berubah macam Bumble Bee jadi Camaro, yea tak?