Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Mungkin Inilah Sebab Sebenar Ibu Bapa Marah Sangat Soalan UPSR Bocor

Mungkin Inilah Sebab Sebenar Ibu Bapa Marah Sangat Soalan UPSR Bocor

24 September 2014 by admin

Isu soalan UPSR bocor masih tak reda. Salah menyalah dari pihak parent berlaku bukan sahaja di media sosial, akhbar, malahan sampai ke pejabat sekolah.

Yang mencari soalan bocor tu biasanya mak bapak juga. Nak bantu anak dapat 5A la katakan. Jarang anak-anak seawal usia macam tu mencari soalan bocor sendirian lalu menyebarkan di facebook dan whatsapp. Kalau ada pun sikit sangat yang terlalu advance macam tu.

Nampaknya ibu bapa yang kelihatan sangat teruja dengan soalan bocor. Bayangkanlah, ada anak-anak ke sekolah bercerita mak bapak diorang yang bagi soalan tu. Mereka pun jawab la. Bila time hari peperiksaan, tak meloncat gembira dia? Itu baru dengar dua-tiga orang yang bukak mulut.

Ditakdirkan kali ini kantoi sudah. Lepas tu mulalah menyalahkan orang. Buatlah alasan anak stress la, gangguan emosi la, emak dah beli tiket flight la. Bila kena repeat paper, kekecewaan itu jelas terpapar di muka buku. Soalan bocor sudah tak valid lagi. Marahnya bukan sebab gangguan emosi anak-anak, tetapi peluang mudah dapat 5A terkubur. Itu hakikat yang ramai orang taknak terima.

Hakikatnya kamu sebagai mak bapak yang tolong carikan soalan bocor itu mengharapkan keputusan UPSR yang lepas masih valid dan tak perlu diulang. Sebab anak kamu dah “jawab” dengan baik. Pedulik la dengan orang yang tak dapat soalan bocor tu. Yang penting anak aku wajib dapat 5A.

Jangan salahkan siapa-siapa lagi. Kalau rasa nak menyalahkan juga. Salahkan diri sendiri yang tak punya integriti, tak jujur dan tak reti nak bagi anak berjaya dengan cara jujur.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    24 September 2014 at 19:13

    Bila peperiksaan yang sama perlu diambil dua kali, perlu ulang… ia bukan suatu pengalaman yang diharapkan. Isu skor atau tidak bukan lagi jadi keutamaan, tapi isunya ialah kena buat dua kali.

    Parent yang runsing anaknya tak dapat skor untuk kali kedua tanpa bantuan soalan bocor tu kalau nak marah, marah diri sendirilah. Manakala parent yang lain, penyedia kertas soalan, dan pihak yang terlibat untuk buat kerja dua kali ni memang patut marah pun. Disebabkan orang tertentu berjaya membocorkan soalan, orang lain turut sama terima susahnya. Buat kerja dua kali sedangkan ia patut dah selesai sekali kerja. Ia bukan perkara yang patut diam dan tak marah. Rasanya kalau tunggul kayu terlibat dalam hal ni, kita mungkin boleh dengar tunggul kayu tu berleter.

    Reply
  2. Dja@Sishaza says

    25 September 2014 at 08:39

    5 bintang untuk entri kali ni. Kalau tengok di whatsapp ,fb dan lain2 tu.., siapa sebenarnya yang lebih2 foward sana-sini soalan tu .. Dah jadi isu besar, bukan main lagi salahkan cikgu.Apa cikgu ni tak pernah berjasa ke mendidik mereka sehingga cerdik sampai begitu …?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      26 September 2014 at 08:10

      Boleh tak kita kata ini sebagai reverse psyco? Menalakan kesalahan diri kepada orang lain dgn harapan supaya nampak org lain bersalah dan mereka tak bersalah.

      Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    25 September 2014 at 11:53

    ada ganjaran best ditawarkan kepada sekolah kalau dapat score UPSR. guru besar desak cikgu, cikgu desak anak murid. ibu bapa mestilah juga nakbersaing. hakikatnya benda ni datang daripada kementerian juga. seharusnya sistem berteraskan peperiksaan dibuat kajian semula. kita nak lahirkan budak A atau budak yang sahsiahnya dan eqnya terbaik?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      26 September 2014 at 08:05

      Itu yg KPM malas nak buat. Tak payah cita pasal sahsiah, cita pasal asas falsafah pendidikan negara pun tak tercapai..

      Reply
  4. TehR says

    25 September 2014 at 16:19

    tekanan datang dari atas
    biasanya macam tu la

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      26 September 2014 at 08:03

      Macam bola, makin kuat ditekan, melantun balik pun kuat juga. Sekarang ni pihak yg menekan sedang terima lantunan tersebut.

      Reply
  5. Alongxp says

    26 September 2014 at 00:22

    saya bekerja disekolah(tapi bukan cikgu), macam2 pendapat la yang saya dengar… tapi pada saya la… dari zaman dulu lagi dah ada dah kewujudan soalan bocor ke masalah integriti ke apa ke semua ni, bezanya… teknologi, kelebihan dan kekurangan. kekurangannya, orang salah guna, snap gambar soalan, sebarkan kat orang, kelebihan, bila orang dok forward n share, sampailah ke peringkat atasan, dah kantoi…

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      26 September 2014 at 08:02

      Betul tu. Point utama sekarang ni ialah kantoi. Dulu2 tak kantoi, media pun tak ambik tau, fb pun takde.. So yg dpt tau cerita soalan bocor ni sikit sgt.

      Reply
  6. titan says

    30 September 2014 at 15:47

    integriti hancur..macam itulah jadinya.

    sabar jelah aku dibuatnya.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      1 October 2014 at 01:39

      Itulah yg sebaiknya. Takkan nak meroyan tak tentu hala.

      Reply
  7. Siti travelog says

    1 October 2014 at 02:54

    Betul tu, mak bapak yang melebih-lebih dari budak sebenarnya

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      1 October 2014 at 09:23

      Sesetengah mak bapak takleh terima ayat ni. Silap haribulan kita dipersalahkan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in