Berat sangat ke masalah ponteng ni? Kalau tak berat masakan ada 286000 tajuk berkenaan ponteng bila dicari di Google. Kajian yang universiti buat juga melambak-lambak berkaitan masalah ini. Ramai yang menduding jari kepada pihak sekolah dan guru-guru. Mereka sering dipersalahkan.
Jom saya kongsikan apa yang saya baca berkenaan masalah ponteng. Tak kesah la ponteng sokolah ke, ponteng kelas ke.. atau apa-apa saja la katagori ponteng. Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng ialah
- Faktor Keluarga
- Pengaruh Rakan Sebaya
- Faktor Guru
- Faktor SIkap Individu
- Faktor Tekanan
Diantara banyak-banyak faktor tu aku minat pada faktor ketiga iaitu faktor guru. Guru juga menyumbang kepada masalah ponteng. Percaya atau tidak cuba tanya pada murid yang ponteng. Tanya kenapa tak suka masuk kelas atau datang sekolah. Mesti diorang jawab ” boring la kat sekolah”.
Masa mesyuarat agong PIBG minggu lepas Pengarah Pelajaran ada juga cakap pasal ni. Guru-guru kena muhasabah diri. Mesti ada yang tak kena bila murid tak suka masuk kelas kita. Mungkin cara pengajaran kita ni membosankan, menjengkelkan dan macam-macam lagi la yang menyebabkan murid tak suka.
Macam mana nak buat murid tak boring? yang tu tak tau la aku nak cerita. Masa belajar dulu kan dah diberitahu. Guna ke ilmu yang dipelajari kat Universiti dulu? Hehehehe.. aku percaya memang tak ramai yang gunakan semua kaedah menarik minat murid untuk diaplikasikan dalam bilik darjah kan? Masa praktikum mungkin ada la sikit. Bila dah mengajar betul, jarang nampak cikgu guna ilmu yang betul untuk mengajar. Katanya untuk habiskan silibus. Entahlah… kalau aku pun, aku tak guna teori yang dipelajari tu semua. Ikut kesesuaian la.
Cikgu ni bukannya ada banyak masa nak guna kaedah menarik murid. Banyak teori dan kajian untuk menarik minat murid belajar. Contohnya guna BBM yang power-power, buat aktiviti luar, buat aktiviti lawatan dan macam-macam lagi la. Kalau sorang cikgu mengajar 3 kelas je seminggu Insyallah macam-macam aktiviti boleh dijalankan. Kurang sikit la masalah ponteng sekolah tu. Ni kalau dah cikgu mengajar pun 40 waktu seminggu bila masa nak buat aktiviti atau BBM yang power-power.
Apapun cubalah ubah kaedah P&P kita. Kena banyak buat ujikaji. Sebabnya setiap murid berbeza pendekatan. Macam mana nak pelbagaikan P&P tu masing-masing kena fikirkan. Jom kita gunakan fb/blog/forum-forum dan perjumpaan guru sebagai tempat kita berkongsi idea. Kita tak nak dipersalahkan apabila masalah ponteng ni menjadi semakin parah pada masa depan.
DaNoNE says
tp pengawalan murid adalah perlu ada bg setiap guru,,,,