Isu murtad telah berlaku sejak zaman Rasululah lagi. Makin lama semakin membarah selepas kewafatan Baginda. Zaman ini telah mencapai kemuncak kepada murtad yang nyata. Adakah kita masih mampu berdiam diri dan leka dengan mainan dunia?
Bila isu murtad ditimbulkan, ada beruk-beruk kalangan orang Islam sendiri yang lantang bersuara kononnya bagi melaungkan kebebasan beragama. Kebebasan beragama memang dijamin oleh perlembagaan. Malahan Islam sendiri tidak menghalang dari manusia memilih agamanya. Tetapi apabila sesorang manusia itu telah beragama Islam, maka wajib baginya memelihara agamanya. Bukannya setelah beragama Islam barulah wujudnya kebebasan beragama dengan sesuka hati memilih agama mana yang nak dianutinya.
Kewujudan puak-puak pemerintah yang seakan merelakan umat Islam murtad juga amatlah ramai. Apabila ada dalam kalangan pemerintah yang bersuara mengenai isu murtad, maka cepat-cepat sahabat politik mereka menibai sampai ke tanah. Tiada usaha langsung membela walaupun dia di pihak yang benar. Kerana yang benar itu amat menyakitkan maka tiada yang suka kepada kebenaran.
Ada juga pihak yang sengaja membela kafir laknatullah di atas tindakan orang Islam membela agamanya. Itu atas alasan politik semata-mata. Alasan yang biasa menyakitkan hati dan telinga adalah alasan toleransi agama. Apa kejadahnya sampai agama tergadai pun masih nak bertoleransi? Itu satu toleransi yang tak kena pada tempatnya.
Ada cakap-cakap belakang menyalahkan agama lain dalam menyampaikan dakwah kepada umat Islam. Ada juga cakap-cakap depan menyalahkan agama lain membantu umat islam dalam kesusahan. Kenapa kita sering menyalahkan orang lain? Kita tak mampu buat dakwah kita salahkan orang lain pulak yang berdakwah. Kita tak nak membantu, kita salahkan orang lain pulak yang nak membantu. Aku malu pada diri sendiri kerana kegagalan untuk berdakwah dan membantu saudara seIslam. Kita sering menyalahkan orang lain diatas kegagalan kita. Itulah kita umat Islam akhir zaman.
Sebagai rakyat biasa cuma mampu melihat. Berdoa kepada Allah supaya diberikan ketetapan Iman dan ketakwaan. Semoga keluarga kita dipelihara imannya. Jika ada peluang berdakwah sampaikanlah walau dengan menulis sebaris ayat kebenaran. Kalau ada sedikit harta, berilah kepada yang memerlukan walau cuma sepuluh sen sompek. Kita dah tak boleh memandang hanya sebelah mata isu murtad ini. Isu ini adalah isu bersama. Kita akan dipertanggungjawabkan nanti di atas kemurtadan saudara kita. Mungkin dia murtad sebab lapar tak makan, mungkin dia murtad sebab sakit tiada orang hantar ke hospital, mungkin dia murtad sebab kita tak layan dia sebagai jiran.
Dikesempatan ini, aku menyeru kepada diri ini dan mereka yang sudi membaca luahan ini agar sama-sama memerangi murtad. Tingkatkan ukhwah sesama jiran dan keluarga. Ingat mengingati diantara satu sama lain. Dan yang lebih penting tolong menolong sesama umat islam agar tiada yang murtad asbab kita tidak menghulurkan pertolongan.
Leave a Reply